“Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya” – Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak
Ibu kepada artis sensasi kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil muncul semula menerusi hantaran terbaharu di Instagram lewat malam Khamis, usai kes penceraian anaknya dan menantu, Bella Astillah.
Memanjatkan rasa syukur atas segala urusan yang dipermudahkan Ilahi, Siti Hafiza juga menitipkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pihak.
“Alhamdulillahirobbilalamin di hari Khamis yang penuh baraqah ini kami mengucap syukur Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga.
“Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yg daif dan tidak sempurna.
“Pada anda yang sentiasa mendoakan kami masya-Allah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, seakan-akan memberikan refleksi diri tentang jatuh bangun kehidupan, Siti Hafiza turut meletakkan perlambangan tentang ketenangan hati.
“Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan.
“Sebagai insan wajib belajar dari segala kehilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakkal pada-Nya. Salam buat semua anda insan-insan hebat semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah allah aamiin allahumma aamiin,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pada Khamis, Aliff telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Bella di Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Bella telah memfailkan penceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Sumber : Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda