Hiburan

“Mak sempat minta air dekat kakak untuk kali terakhir ” – Khai Bahar bersyukur sempat beri kebahagiaan buat ibu.

Penyanyi Khai Bahar bersyukur kerana sempat berbakti dan memberikan kebahagiaan buat ibu tersayang iaitu Allahyarham Rosnah Mohamad ketika hayatnya.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30 berkata, rezeki yang diperoleh menerusi karier nyanyian dapat digunakan untuk membahagiakan arwh yang cukup gemar dengan barangan seperti gelang, beg tangan dan juga bunga.

“Mak suka sangat bunga, beg dan gelang. Dulu masa sus4h mak teringin macam-macam tapi duit tak ada.

“Sekarang ada rezeki lebih Alhamdulillah sempat bahagiakan mak walaupun sekejap. Itu pun dia tidak pernah minta benda-benda mahal,” katanya.

Khai berkongsi tentang ibunya menerusi hantaran yang dimuat naik di Ig miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Khai memberitahu arwh ibunya seorang yang sederhana selain tidak pandai menggayakan barangan mewah walaupun pernah membeli untuknya.

Sebaliknya kata Khai, Rosnah lebih gemar memakai barangan murah selain tidak pernah meminta-minta dibelikan barangan berjenama.

“Pernah beli gelang emas, beg mahal, dia tak pandai pakai. Dia suka beg RM10 sebab banyak warna dan corak. Gelang pun dia suka yang RM15.

“Pernah borong banyak-banyak bagi mak, happy sangat dia dapat. Sayang mak dunia akhir4t,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita detik pemergian Rosnah pada malam Selasa lalu, Khai memberitahu dia sekeluarga baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-62 arwh minggu lalu.

Khai memberitahu dia tidak menyangka ibunya pergi meninggalkan mereka malah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Mak sempat minta air dekat kakak untuk kali terakhir. Lepas kakak bagi air, mak suruh letak atas meja nanti dia minum.

“Kakak naik ke atas tengok anak-anak, tak sampai 15 minit kakak turun semula dan nampak mak seolah-olah sedang tidur.

“Kakak cuba kejutkan mak bangun untuk minum tapi mak tak bergerak. Berkali-kali kejut masih tak bangun. Adik cuba pegang nadi mak, nadi mak sudah tak berdenyut,” jelasnya.

Sebaik sahaja menerima perkhabaran bahawa ibunya sudah mninggal dunia, Khai yang ketika itu berada di Pulau Langkawi, Kedah merasakan hidupnya kosong seperti sedang bermimpi.

Pun begitu, penyanyi tersebut bersyukur kerana segala urusan perjalanan pulang ke kampung berjalan lancar untuk memberikan penghormatan kepada ibunya buat kali terakhir.

“Bila dapat tahu saja mak dah tak ada, terus rasa dunia gelap gelita seolah-olah macam sedang bermimpi.

“Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan pulang ke Perlis dari Langkawi. Dalam perjalanan naik bot, cuaca cantik sangat, bulan bintang terang, langit cerah… Hati rasa sayu seolah-olah mak sedang tunggu saya di rumah,” katanya.

Rosnah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.40 malam dalam tidur di kediaman mereka di Kangar, Perlis.

Rosnah mninggal dunia disebabkan komplikasi pelbagai peny4kit termasuk s4kit buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Jnazah dikebum1kan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar pada Rabu.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button