Hiburan

Wanita Ada Pilihan, Nak Kekal Atau Pergi’-Isteri Caprice ‘Cuci Otak’ Isteri Pertama Abang Tesla?

Nampaknya kisah poligami pempengaruh TikTok dikenali sebagai Abang Tesla ini masih menjadi bualan ramai di media sosial.

Penyanyi rap Caprice turut mengundang lelaki itu dan isterinya pertamanya, Nurmajdina dalam satu program podcast baru-baru ini dan ia meraih perhatian ramai.

Sudah tentu mereka membahaskan tentang topik poligami dan isteri Caprice, Farra Inalis mendapat pujian ramai terutamanya wanita selepas dia dilihat tegas dan menyerlah ketika podcast itu.

Selain mereka berempat, Caprice turut menjemput tetamu berpengaruh dikenali sebagai Datuk Nazri Husin atau dikenali sebagai ‘abang Ducati’ di TikTok.

Di akhir perbahasan, Farra Inalis atau mesra dengan sapaan Elis membuat kesimpulan dengan menyatakan hidup merupakan pilihan.

Jelas Elis, setiap keputusan yang dilakukan dalam hidup adalah pilihan individu itu sendiri bagi menentukan masa depan mereka.

Apa-apa pun dalam hidup ini semuanya bergantung pada pilihan juga.

Abang Tesla ada pilihan untuk berkahwin dua. Wanita juga ada pilihan untuk hidup dengan lelaki itu, mahu stay atau chaw (pergi).

Itu adalah pilihan, itu lah perkara asas dalam hidup ini.

Dalam masa sama, Elis berpendapat sekiranya seseorang wanita itu tidak rela dimadukan, ia juga berhak untuk memilih sama ada mahu kekal bersama suami atau sebaliknya

video:

@nabilasyahmi isu hangat ???? #abgtesla #caprice ? suara asli – Musiceveryday – ?????????????22

Allah itu Maha Adil, Allah beri manusia akal untuk fikir, nak kekal atau nak pergi itu adalah takdir hidup yang perlu manusia pilih.

Jadi, jika lelaki memilih nak berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu stay ataupun ada wanita yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu.

Hanya perlu hormat keputusan dan pendirian masing-masing.

Netizen setuju

Potongan podcast tersebut telah dirakam dan dikongsikan semula oleh pengguna media sosial di laman TikTok sekali gus menuai pelbagai reaksi wargamaya.

Rata-rata wargamaya terutama golongan wanita menyokong pandangan yang diutarakan Elis.

Malah, wargamaya dapat merasakan pandangan yang dikemukan Elis itu seakan ditujukan kepada Nurmajdina untuk memberi kesedaran kepadanya.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button