Hiburan

“Perlu ke ada mcm ni..”- Aksi Sweet Qismina Menari Masa Majlis Kahwin Ditegur Peminat

Sweet Qismina dan Adam Lee yang menjalinkan hubungan mesra selama tiga tahun sah bergelar suami isteri pada pagi Isnin di The Boathouse, Ampang.

Namun, di sebalik kemeriahan majlis perkahwinan mereka, terdapat segelintir netizen yang menegur aksi tarian pelakon yang berusia 25 tahun itu.

video di bawah sekali..

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang individu (@piyaasoff) di aplikasi Tiktok, Sweet sedang menari bersama dengan beberapa orang lain di majlis perkahwinannya yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan.Walau bagaimanapun, aksi pelakon Adam Chempaka itu mengundang pelbagai reaksi dan tanggapan daripada para netizen.

Terdapat segelintir netizen yang menganggap majlis perkahwinan yang penuh adat itu seharusnya diraikan dalam suasana ketimuran.

Netizen mempersoalkan

untuk rekod, Pelakon Adam Lee memilih tarikh pernikahan hari ini dengan pasangannya Sweet Qismina sempena tarikh lahir Sweet. Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh 24 Oktober sempena dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup Sweet.

“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah hari Sweet dilahirkan dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya.

Menurut Adam, sepanjang empat tahun mereka bercinta, apa yang diterapkan adalah kejujuran dalam perhubungan.

“Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Sweet, 25, atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, mereka mengambil masa empat tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin kerana mahu menamatkan pengajian.

”Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami dipermudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah hebahkan di media sosial.”Mungkin sebab itu ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah makbulkan sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, di sini, jam 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.

video:

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button