Hiburan

“Bukan Saya Cari Awak Untuk Buat Bisnes, Awak Yang Cari Saya,” – Guna Nama Projek Baju Raya, Benladin Tuntut Wak Doyok Langsaikan Hak Segera

Penyanyi dan pelakon remaja, Benladin menggesa pelakon dan selebriti media sosial, Wak Doyok untuk segera melunaskan haknya seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Menurut Benladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, dia dan Wak Doyok pernah berkerjasama untuk sebuah projek baju raya.

Katanya lagi, dia telah bersetuju untuk pihak Wak Doyok menggunakan namanya bagi projek baju raya tersebut.

“Bila kami boleh dapatkan hak kami?

“Bukan saya cari awak untuk buat business tapi awak yang cari saya untuk buat business. Mahukan nama ‘Benladin’ dan team saya untuk jual baju raya tu. Saya ingat ayat tu ya,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hikayat Benladin itu menerusi beberapa hantaran di Instagram stories.

Jelas Benladin lagi, dia agak terkilan dengan layanan yang diberikan sedangkan kerjasama tersebut sebenarnya dimahukan oleh Wak Doyok sendiri.

Bagaimanapun, sehingga kini, Benladin masih lagi belum menjelaskan secara terperinci mengenai tuntutannya itu.

Pada masa sama, Wak Doyok juga dilihat masih lagi belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan tersebut.

Apapun, kami di MH berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak. Kalau dah berjanji, haruslah ditepati. Tak gitu?

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: MH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button