Hiburan

“Selalu sharnazz makl2..Tapi Kali ni Lain Macam..” Netlzen, Kata2 Sharnazz buat Rmai Setuju

Meskipun dikecam teruk oleh netizen, namun lag dangdut Baby Sayang nyanyian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima trending nombor satu di YouTube selepas 9 jam dilancarkan.

Baru 24 jam dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudah mendapat lebih 400,000 tontonan.

Hasil tinjauan, setakat ini muzik video itu menerima sebanyak lebih 4,000 komen dan mencecah 7 ribu tanda suka.

Terdahulu, video teaser muzik video tersebut dikecam teruk oleh netizen sehingga Aliff memberitahu akan undur diri dari media sosial.

Namun, kurang seminggu Aliff dilihat kembali mempromosikan lagu dangdutnya itu. Meskipun sudah ditegur oleh ibunya, Aliff seolah tidak serik.

“Semua lagu saya trending di YouTube. Semuanya nombor satu tapa saya perlu bayar kepada pihak YouTube.

Sebab itu saya berani kata saya penyanyi nombor satu. “Kalau ada yang kata saya buat marketing, lihat sendiri video muzik saya. Tidak ada satu pun saya buat product placement di situ,” katanya kepada mStar.

Aliff ditemui dalam satu sesi bersama media yang berlangsung di Kota Damansara pada petang Khamis.

Minggu lalu, Aliff menerima kecaman hebat netizen selepas dia memuat naik video tease lagu tersebut yang memperlihatkan aksi gelek bersama penyanyi Baby Shima.

Terkesan dengan semua kritikan, Aliff kemudiannya membuat keputusan untuk mengundurkan dir daripada menggunakan media sosial dan bertindak memadam semua perkongsian di Instagram.

“‘Apabila usia semakin mencecah 40 tahun ini ada ketika rasa rindu nak tunjukkan bakat. Tambahan pula ramai juga yang memuji membuatkan saya rasa seronok nak menyanyi, jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aliff turut menjelaskan mengenai isu kononnya dia menipu orang ramai dengan mengakui mengalami masalah mental seperti dalam video permohonan maaf sebelum ini.

Jelas Aliff, sebelum ini dia memang pernah mengambil ubat-ubatan tetapi mengalami kesan sampingan kesihatan mental dan mengambil keputusan untuk berhenti mengambil pil berkenaan.

Akuinya, dia kini 100 peratus normal dan berada dalam keadaan waras dan tindakannya memuat naik gambar pil itu kerana tertekan.

“Saya normal dan waras, ketika buat video mohon maaf itu saya nak cepat apatah lagi saya dalam keadaan tertekan kerana dimarahi ibu dan isteri ekoran video saya sudah tular dan mendapat kecaman netizen.

“Jadi saya kongsikan sahaja gambar pil berkenaan bag meluahkan rasa kecewa” katanya.

Baru-baru ini, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menasihati usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri untuk mendapatkan rawatan profesional memandang dia kini dilihat mengalami ketagihan perhatian daripada netizen.

Menerusi komen yang diberikan oleh Sharnaaz di Instagram Harian Metro, dia dapat merasakan bahawa usahawan yang berusia 35 tahun itu benar-benar mengalami masalah selepas Aliff mengatakan dia adalah penyanyi nombor satu di Malaysia yang disebabkan oleh lagunya sering menjadi ‘trending’ di laman YouTube.

Menerusi perkongsian lain yang dibuat oleh seorang pengguna @hazzgantengg di laman TikToknya berkaitan isu yang sama, netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh pelakon yang berusia 37 tahun itu.

“Selalu sharnazz maki2,kalau dia da bag nasihat baik camni,yes betol kritikal alif syukri ni”
“Yess saya sangat setuju dgn sharnazz saya pun rasa begitu begin begitu begin dgn pendapat sharnaz yang sangat bernas”

“kalau mamu komen…..take it serious”
“setuju dgn pendapat sharnaaz.. byk dh yg tegur dia termasuk mak sendiri tp…”
“so true and you’ll also see lots tiktokers who’s
addicted to fame and lost today”

“betul kata sharnaaz tu, tahap kritikal dah ni”
“ptama kali aq tgok mamu behave komen gini…goodman..”

Bagaimanapun, majoriti netizen dapat merasakan usahawan itu tidak akan berubah meskipun mendapat pelbagai nasihat diberikan oleh orang ramai kerana memang sifat dirinya yang kalis kecaman dan ‘lapar’ perhatian di laman sosial.

“dia tak faham bahasa pun”
“contoh tak cukup kasih sayang, bila besar die nk
perhatian org”
“awie tgur xjalan..dy ny kta pon xjalan….xtw lahh”

“Selagi rakyat pandang dia selagi tu dia taksub nak perhatian, try rakyat ignore dia tgok apa jdi kat dia”
“bnyk2 org bktaa pun dia tak hiraukn pun hnya
tuhan je yg mampu tu”

“muka dia tebal mcm najib dah salah x mau mengaku..”

 

Sebelum ini, Aliff meluahkan rasa hiba dan kecewa apabila dia mendapat hinaan serta makian orang ramai sehingga digelar sebagai orang gila dan perlu mendapatkan rawatan kesihatan mental.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button