Hiburan

“Orang kata bila dah keluar lCU, orang igt dah sembuh” – Kini Kehidupan Shahriza Mahmud makin sukar

Kuala Lumpur: Pelakon Shahriza Mahmud, 56, memaklumkan kehidupannya semakin sukar sejak dij4ngklti kencing tikus pada 1 Januari tahun lalu sehingga menyebabkan dia tidak berupaya untuk berjalan seperti dulu.

Shahriza berkata, dia dan suami, Saddiq Raffali, 41, berdepan ujian untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan serta membiayai kos rawatan penyakitnya.

“Memang orang kata bila dah sedar, dah keluar dari lCU (Unit Rawatan Rapi) orang ingat saya dah sembuh. Hakikatnya kedua-dua belah kaki saya sekarang seperti orang lumpuh.

“Mulanya saya terfikir ia baru lagi dan nanti kaki akan kuat semula, tapi nampaknya kaki memang lembik dan tak boleh nak pijak langsung.

“Saya disahkan mengalami saklt saraf dan sakltnya tak mampu digambarkan. Ambil pil penahan saklt pun tak boleh hilang,” katanya kepada Harian Metro.

Shahriza berkata, dia cuba bersikap positif meletakkan harapan untuk kembali berjalan pada Mei lalu, namun tetap gagal.

“Macam-macam perancangan termasuk menjalani fisioterapi, tapi sebab lama sangat duduk atas katil sekitar sembilan hingga 10 bulan, saya semakin tak berdaya.

“Walaupun duduk atas katil saya tetap buat macam-macam juga seperti berniaga dalam talian. Kerja saya selama 24 jam mengadap telefon. Saya cuba nak usaha kerja atas komisyen. Buat jualan beribu-ribu tapi yang untungnya orang lain. Kesudahannya memang tak cukup,” katanya.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shahriza terpaksa menutup kafe yang diusahakan bersama suami.

“Selepas itu kami buat persediaan tempah ‘food trailer’ kerana fikir masa PKP kedua boleh usaha berniaga cara itu. Ketika itu saya masih sihat. Bila masuk lCU baru ‘food trailer’ sampai. Jadi saya dah terikat dengan hutang sebanyak RM880 sebulan. Masa itu saya fikir saya akan kuat semula bulan berikutnya.

“Saya tak sabar nak berniaga tapi penyaklt saya tetap tak sembuh sedangkan ‘food trailer’, rumah, kereta dan pelbagai lagi kena bayar. Masa PKP pertama dapat moratorium kereta. Tapi lepas keluar wad bank telefon katanya kereta dah empat bulan tak bayar,” katanya yang semakin tertekan dengan situasi itu.

Bantuan dan sumbangan dari persatuan artis hanya bersifat sementara dan mereka kini terp4ksa berusaha mencari pendapatan dengan apa cara sekalipun.

“Saya saklt agak lama. Memang perlukan wang untuk beli lampin pakai buang, susu untuk kuatkan kaki, ubat, fisioterapi dan banyak lagi. Mungkin orang tak nampak itu semua.

“Bekalan elektrik di rumah kami pernah dipotong. Kami kemudian berniaga di sebuah lokasi selepas Aidilfitri berdekatan rumah dengan kadar sewa RM500 menggunakan ‘food trailer’.

“Bolehlah hasil tapi sekadar lepas untuk bayar hutang yang ada. Kami tidur dalam kereta lepas berniaga selama sebulan. Sekarang lebih sebulan saya tak berniaga sebab saklt,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button