Hiburan

Rupanya Sudah 10 Tahun Kahwin , Pelakon Daler Yusuf Umum Isteri Sedang Hamil Anak Ketiga

Pelakon Daler Yusuf mengumumkan berita gembira dia dan isteri iaitu Sakinah Burikul bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan.

Menurut Daler atau nama sebenarnya aler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 31, usia kandungan isterinya itu kini sudah mencecah lima bulan.

“Ya. Saya kini sedang menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka pada tahun depan.

“Isteri saya ketika ini sedang hamil lima bulan. Dijangka bayi lelaki,” katanya.

Terdahulu, Daler berkongsi berita gembira itu menerusi laman TikT0k dan menarik perhatian peminat.

Malah, segelintir net1zen turut meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka Daler sebenarnya telah berumah tangga.

Jelas aktor berdar4h kacukan Uzbekistan itu, dia sebenarnya sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan wanita itu.

“Saya sudah berkahwin sejak 10 tahun yang lalu di Uzbekistan. Ketika itu saya sedang belajar dan belum masuk industri lagi.

“Saya memang tidak post berkenaan kehidupan personal saya di media sosi4l. Jadi, memang ramai yang tidak tahu,” ujarnya.

Tambah Daler, dia memilih untuk tidak mengumumkan mengenai perkahwinan itu kerana kehidupan mereka agak sulit.

Ini kerana mereka sering berdepan perbal4han dan salah faham sehingga tidak lagi duduk sebumbung.

“Kami dulu banyak g4duh, duduk asing dalam dua ke tiga tahun. Kemudian tinggal bersama semula.

“Alhamdulillah, semasa C0vid, kami tersekat di Malaysia dan kami berbaik sehingga sekarang. Sekarang kami lebih memahami antara satu sama lain,” katanya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Daler dan Sakinah, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang sekarang berusia sembilan dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, Yusuf enggan memberikan maklumat terperinci berkenaan anak-anaknya.

Sumber:HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button