Hiburan

“Dah beribu kali dah cakap…” – Nourul Wahab enggan maafkan netlzen yang mengec4m dirinya sambut Hari Natal

SUSULAN dikec4m kerana menyambut Hari Krismas, penyanyi Nourul Wahab enggan memaafkan segelintir netizen yang menabur fltnah kepadanya.

Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 45, berkata, dia sudah berulang kali mengingatkan tentang soal mengump4t dan mengejl tetapi masih ada yang melakukan perkara sama membuatkan dia tidak mahu memaafkan mereka yang memfltnahnya.

“Dah beribu kali dah cakap. Tidak saya ampunkan. Kita semua ada asas agama.

Instastory yang dimuat naik pada Ahad.

“Mengump4t, mengejl itu dilarang. Tapi tetap dibuat. Itu sebabnya saya tak maafkan.

“Merangkaklah kamu nanti di sana mencari aku,” katanya.

Nourul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi Aku Cinta Aku Rindu itu turut mendedahkan mesej diterima daripada pengikutnya yang meminta maaf atas kesalahan memberi komen negatif tentang sambutan perayaan berkenaan.

Kata Nourul, dia menerima banyak mesej serupa selepas memberitahu tidak mahu memaafkan individu mengecam dirinya.

“Assalamualaikum Puan Nurul. Saya mohon maaf kerana komen saya yang mungkin mengguris hati Puan.

“Saya mendoakan semoga Puan Nurul sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya selalu. Aamin,” tulis netizen.

Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp.

Sementara itu, di ruangan komen, Nourul sempat membidas perbuatan yang dilakukan netizen dengan menyifatkan mereka sudah terlanjur kata.

Kata Nourul, sepatutnya mereka perlu berdoa terlebih dahulu dan barulah menegur dengan berhemah.

“Dah terlajak perahu baru nak berdoa hahaha, Orang doa dulu, baru DM. Tegur. Ni tak. Mengata dulu berjemaah,” katanya.

Terdahulu, Nourul menyambut perayaan Hari Natal bersama mentua di kediaman mereka di Bali pada Ahad.

Hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya itu menerima komen negatif apabila ramai mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan tersebut memandangkan dia beragama Islam.

Gembirakan ibu bapa mentua, Nourul sambut Krismas di Bali… “Saya tak pernah letak agama jauh dari hati”

SAMBUTAN Hari Natal tahun ini turut diraikan oleh penyanyi Nourul Wahab bersama keluarga mentuanya di Bali, Indonesia.

Nourul atau nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 45, memberitahu mentuanya mengunjungi kediamannya di Bali bagi menyambut perayaan Krismas itu.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah memberikan hadiah sesama mereka.

Nourul Depp sambut Krismas bersama ibu bapa mentua.

“Semalam, tak sempat nak tulis kapsyen bagi habis. Ibu dan bapa mentua ada di sini. Saja bagi mereka gembira.

“Apa pun, mentua saya tak amalkan sangat dah agama mereka. Kami buat semua ini untuk gembira dan raikan hadiah hujung tahun,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Nourul menerusi Instastory miliknya pada Ahad.

Penjelasan itu juga dibuat susulan komen negatif netizen yang mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan tersebut memandangkan dia beragama Islam.

Sebelum itu, Nourul menunjukkan kemeriahan anak-anaknya seronok menerima hadiah Krismas mereka dan menghiasi rumah dengan pokok Krismas.

Nourul turut memuat naik video suaminya, Eric Daniel Depp membuat persediaan menyambut Krismis.

Anak-anak dan ibu bapa mentua Nourul gembira dapat hadiah Krismas.

Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam.

Dalam hal ini, Nourul berkata perayaan tersebut tidak membuatkan dirinya jauh dari pegangan agama Islam kerana hanya dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.

“Jika terpesong, bermaksud sebagai Islam yang ‘mass’ di gereja (sembahyang untuk orang Kristian), itu, boleh hukum saya.

“Saya tak pernah meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu yang menghukum itu, terimalah nanti,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button