Hiburan

Netizen Cakap Filem Pulau Tak Sesuai Ditayangkan, Ini Kata-Kata Pelakon Amelia Henderson Buat Ramai Tak Sangka

Kuala Lumpur – Pelakon, Amelia Henderson memaklumkan dirinya tidak terbabit dengan mana-mana babak panas dalam filem Pulau yang did.akwa tidak bersesuaian untuk tontonan masyarakat.

Menurut Amelia, dia bercakap dari segi watak yang dilakonkannya dalam filem Pulau arahan Euho itu.

Orang kena tengok filem itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana.

“Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.

Amelia ditemui pada majlis pelancaran Didie Friends The Movie yang berlangsung di Panggung Asia, Jalan Gombak di sini, petang tadi.

Filem Didie Friends The movie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 23 Februari depan ini terbitan Warnakala Studios, AstroShaw, Digital Durian dan MDeC.

Ditanya sama ada dia sudah tahu mengenai babak panas dalam filem Pulau pula, kata Amelia, babak panas terbabit tiada kena mengena langsung dengan jalan cerita untuk watak dilakonkannya dalam filem itu.

“Saya f okus pada watak dan jalan cerita watak saya saja. Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” katanya.

Sementara itu, FINAS mengambil maklum berhubung i.su video tr.ailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini.

T.railer yang tular memaparkan beberapa adegan keterl.aluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

Babak seperti ini tidak wajarnya dilakukan. Namun, kelulusan tayangan tertakluk di bawah LPF menerusi penguatkuasaan Akta620, AktaPenapisan Filem 2002.

“Filem Pulau menerima kelulusan LPF pada September, tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.

Selain Amelia, filem arahan pengarah, Euho itu juga membariskan barisan pelakon hebat dari dua generasi antaranya, Alif Satar, Namron, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, PuiYi, Vikal dan ramai lagi.

Filem Pulau akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Mac ini.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button