Hiburan

“Nak Cakap Pun Malu” – Syamsul Yusof Dedah Puteri Sarah Cur4ng Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dilaporkan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun berlapang dada dengan tindakan suaminya dan akui bersedia untuk memperjuangkan nasibnya sebagai seorang isteri.

Menurut laporan mstar, Syamsul turut mendakwa isteri pertamanya bersikap curang terhadapnya yang mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.

Syamsul juga mengatakan yang sebagai suami, dia tak boleh terima apabila isterinya berlaku cur4ng.

Sebagai seorang suami, saya juga memendam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya cur4ng dengan suami orang lain.

Bukan itu sahaja, Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga didakwa telah memfitnah Syamsul dengan mendakwa pengarah filem Mat Kilau itu tidak memberikan nafkah.

Perkara ini dikongsikan Syamsul ketika ditemui diluar mahkamah oleh pihak mstar pada jam 3 petang.

Terdahulu, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Kemelut rumah tangga pasangan itu dikatakan telah bermula sejak empat tahun yang lalu namun kedua-duanya tidak pernah membuka mulut mengenai hal tersebut.

Namun, Syamsul akhirnya mendedahkan bahawa dia sudah bernikah kali kedua bersama seorang wanita yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar di Thailand.

Kredit: mstar, Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button