Hiburan

“Tahu tak ibu awak Siti Nurhaliza?” – Peminat puji suara TokTi cover lagu Marsha, aksi Afwa siap goyang kaki buat ramai terhibur

Kalau sebut sahaja Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti sememangnya terkenal bukan sahaja di malaysia malah juga terkenal di luar negara. Bakat nyanyiannya yang menyerlah dan suara yang merdu membuatkan dirinya menjadi penyanyi Nombor satu di malaysia.

KELUNAKAN suara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan semula (cover) lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan menarik perhatian ramai peminat.

Menerusi aplikasi TikTok, Siti, 43, memuat naik video dia menyanyikan lagu berkenaan sambil ditemani anak keduanya iaitu Muhammad Afwa.

Selain nyanyian mantap Siti, pengikut juga terhibur melihat aksi Afwa yang khusyuk mendengar nyanyian ibunya itu.

“Adik cuba fahami apa yang ibu cuba jerit ini ya? Hahahaha.. Reda sahaja la adik ya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

 

Nyanyian lagu Cinta versi Siti Nurhaliza mendapat perhatian peminat.

Dalam pada itu, Siti secara bersahaja turut meminta bantuan Marsha untuk mengajarnya menyanyikan bahagian lagu yang tinggi.

“Marsha tolong ajar Mak Iti (panggilan Siti) macam mana nak nyanyi part tinggi ini,” tulisnya.

Meskipun lagu berkenaan agak sukar dinyanyikan kerana bernada tinggi, Siti dilihat tetap mempersembahkannya dengan penuh penghayatan dan mendapat pujian peminat.

Rata-rata terpesona dengan kemerduan suara penyanyi itu yang disifatkan antara lagu cover terbaik yang pernah dinyanyikan.

“Bagi saya Datuk Siti dan Aina Abdul sahaja cover lagu Cinta dengan terpaling sedap.

“Sudah comeback ini genggg. Habislah kalian.

“Sedap nak nangis. Tarik yang merdu. Ini baharu saja-saja, kalau betul-betul all out tak tahu nak cakap,” tulis netizen.

Video dimuat naik pada Selasa itu menerima hampir 60,000 tanda suka dan mendapat lebih 900 komen pengikut.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button