Rusdi Ramli, Sharon Paul sedang lalui fasa sukar dalam perkahwinan
Pelakon Rusdi Ramli dan isterinya iaitu composer terkenal, Sharon Paul dikhabarkan sedang lalui fasa ujian rumah tangga ketika ini,
Melalu satu kenyataan dari Sharon Paul, dirinya dan Rushdi Ramli, 53 tahun, sedang lalui fasa yang sukar.
Namun, mereka berdua masih lagi berstatus suami isteri, dan masih tinggal bersama di bawah satu bumbung.
Jelas Sharon, suaminya itu nampak tak bersemangat ketika ini.
Ini statement dari Sharon melalui temubual bersama Melodi.
“Kami berdua masih tinggal sebumbung dan masih lagi suami isteri.”
“Tetapi kemungkinan ketika ini dia sedang lalui sesuatu. Mungkin kerana dia tiada job atau hal tentang kerja, jadi dia pun jadi down.”
“Kami memang dah tak boleh berkomunikasi dan saya tahu orang laki tak boleh kalau didesak, oleh itu saya hanya beri dia masa dan ruang.”
Jelas Sharon, kemungkinan besar, ianya atas faktor kerjayanya.
“Suami saya Rusdi Ramli masih lagi ada kerja, sebagai pengarah dan juga pelakon, namun dia macam dah tak ada semangat.”
“Untuk saya, kalau tak boleh itu buat itu ini, saya akan cuba benda bari untuk meneruskan kehidupan, tapi saya tengok dia macam sendu saja sekarang ni.”
Sharon menambah, dia akur jika Rusdi mahu berpisah dan hanya menunggu keputusan suaminya itu saja.
“Saya utamakan anak-anak. Anak bongsu saya, Rayyan sekarang dah umur 11 tahun. Dia memang mahu kami terus jadi keluarga. Sebab tu saya hanya bertahan saja.”
“Pendapat saya, semua perkahwinan akan melalui satu fasa. Bukannya gaduh tapi lebih kepada memberi ruang kepada satu sama yang lain.”
“Sebenarnya, saya hanya tunggu green light saja dari dia.”
“Saya tak kisah tentang itu kerana saya ni dah biasa berdikari. Saya tak bergantung kepada orang, saya dah hidup berdikari terlalu lama.”
“Mungkin juga saya hanya tunggu anak-anak. Selepas anak-anak habis sekolah dan tak perlukan kami bersama.”
“Apa yang terbaik sekarang ni ialah apabila suami selalu ada di rumah. Saya selalu habis kerja lambat, so sangat bagus kerana Rusdi yang akan menguruskan anak.”
Pasangan suami isteri ini berkahwin pada tahun 2008 dan mempunyai dua orang anak.
Semoga yang baik-baik saja untuk Rusdi Ramli dan juga Sharon Paul.
Sumber: news-tel.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.