Mira Masih Menyorok, Tak Mahu Balik Kampung Beraya Dan Ada Ahli Keluarga Jatuh Sakit
Nama pempengaruh media sosial, Amirah Aqilah menjadi panas selepas didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan majikannya iaitu pempengaruh TikTok, View Chin.
Pendedahan mengenai hubungan itu dibuat oleh isteri View Chin sendiri mendakwa Mira telah mengkhianatinya.
Memetik laporan Kosmo!, View Chin berkata, Mira terpaksa menyembunyikan diri buat sementara waktu kerana masih trauma dengan kontroversi yang melanda dirinya.
Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya turut terpalit.
Menurut View Chin lagi, Mira dan ahli keluarga tak mahu pulang beraya dan ada di antara keluarga wanita berusia 26 tahun itu jatuh sakit.
Terdahulu, influencer TikTok ini akhirnya tampil mendedahkan perkara sebenar menjawab dakwaan yang telah dibuat bekas isterinya. Katanya, dia dan bekas isteri sudah pun bercerai pada tahun lalu.
View Chin juga mengaku bercuti ke Bali dengan Mira dan mempunyai perancangan untuk menghalalkan gadis itu.
Kredit: Kosmo! , Ohmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.