Hiburan

Sweetnya Aiman Hakim bagi ucapan birthday untuk isteri… Zahirah MacWilson pecah rahsia tolong ‘check grammar’

PERKONGSIAN video ucapan hari lahir dibuat pelakon Aiman Hakim Ridza kepada isterinya iaitu Zahirah Macwilson menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Mengakui sibuk dengan pelbagai urusan kerja sejak kebelakangan ini, Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 35, berkata dia tetap mencari masa meraikan hari penting isterinya itu.

“Beberapa bulan ni memang hectic dan sibuk sangat. Dari shooting, renovation sampai setting projek kami yang seterusnya.

Perkongsian ucapan hari lahir daripada Aiman buat Zahirah di Instagram.

“Otak saya sibuk dengan berjuta-juta perkara, sampai jalan balik rumah pun boleh silap. Malah sewaktu hari kelahiran awak (Zahirah) pun kami masih sibuk dengan kerja.

“Ia mungkin bukan sambutan yang terbaik untuk hari lahir seperti kebiasaan tetapi satu perkara yang pasti kami mempunyai satu sama lain. Ia akan menjadi kenangan bahawa kita akan bersembang apabila kita tua. InsyaAllah,” katanya.

Dalam perkongsiannya itu juga Aiman turut menitipkan doa agar isterinya itu dipanjangkan umur dan dirahmati sentiasa.

“Apa pun saya mengucapkan selamat hari jadi yang ke 29 to this amazing woman. I love you dan terima kasih kerana hanya menjadi awak. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati,” ujarnya.

Sementara itu, Zahirah menerusi ruang komen turut menyatakan rasa cintanya kepada suami dan berjanji untuk melakukan terbaik dalam hubungan mereka.

Malah, dia sempat berseloroh memberitahu Aiman sempat memintanya menyemak kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu sebelum di muat naik di Instagram.

Aiman dan Zahirah sedang menantikan cahaya mata kedua pada tahun 2024.

“Lepas itu pass phone (bagi telefon), “sayang tolong check my grammar”… haha love you sayang, always the best when we are together!” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.

Mereka juga kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua dijangka lahir pada awal tahun ini.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button