“Adab hidang makan mana?” hidangan ‘dessert’ Chef Fazley ditegur, netlzen anggap macam bagi ayam makan
Chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob baru-baru ini menjadi bualan warganet selepas video dia menghidang manisan tular dikongsikan. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Hlive, kelihatan para media disajikan dengan hidangan manisan yang disediakan sendiri oleh chef selebriti ini.
Di dalam video tersebut, Chef Fazley dilihat sedang tekun menyiapkan hidangan manisan atau pencuci mulut di atas meja yang dipanggil sebagai ‘sweet table’ ini. Di atas meja yang kosong itu, chef selebriti ini kemudian mula menghias satu persatu hidangan manisan untuk disajikan.
VIDEO
Namun video itu telah menerima kecaman hebat dari warganet yang berasa kurang senang melihat tindakan chef selebriti itu mencampakkan makanan di atas meja. Sehinggakan ada yang mengatakan cara penyediaan tersebut sebagai tidak beradab dan tidak menghormati makanan sebagai rezeki.
Terima kec4man netizen
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengec4m cara penyediaan chef selebriti itu apabila dia dilihat mencampakkan makanan ke atas meja beberapa kali. Malah tindakannya itu turut membuatkan pelanggan yang menonton berasa terkejvt melihatnya.
Sehinggakan ada yang berseloroh menyamakan perbuatannya itu seperti gaya memberi makanan kepada ayam sahaja. Ada juga yang mempersoalkan sama ada perlu untuk Chef Fazley mencampakkan manisan di atas meja seperti itu.
“Macam bagi ayam makan campak-campak gitu.”
“Adab hidang makan hilang, main campak-campak pulak…”
Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat ini hanyalah satu bentuk seni yang biasa berlaku dalam bidang kulinari. Sebaliknya pelanggan hanya perlu menikmati sahaja hiasan manisan yang disiapkan oleh chef kerana mereka pastinya lebih tahu apa yang mereka lakukan.
Sumber: syor.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda