Hiburan

“mereka nak ambil barang2…” Air mata Mak Wan Latah gugur lagi, kali ini dugaan lagi besar. Sampai nak beli ubat pun tiada duit..

TAHUN 2022 meninggalkan kenangan buruk buat pelakon veteran Mak Wan Latah apabila namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan sebelum mereka bercerai.

Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, turut terpalit dengan isu pentengkaran dengan bekas pembantunya sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Rentetan pelbagai kontroversi yang mencalar nama baiknya, Mak Wan mengakui situasi tersebut memberi kesan kepada kariernya sehingga dia terp4ksa hidup dalam kesempitan memandangkan tiada lagi tawaran berlakon.

Mak Wan akui sumber pendapatan terjejas selepas terlibat dalam dua kes mahkamah tahun lalu

 

Apa lebih menyedihkan kata Mak Wan, dia juga sering menerima mesej daripada pelbagai pihak yang mahu menarik balik barang-barang yang masih belum dilunaskan kerana tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

“Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli.

“Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang.

“Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar… sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami,” katanya kepada mStar ketika ditemui di kediamannya di Kepong pada Khamis.

Dalam pada itu, Mak Wan berkata, dia juga terpaksa berjimat kerana masih perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan terhadap seorang wanita yang masih berjalan.

Mak Wan perlu mempunyai pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan asma

 

Mak Wan juga memberitahu dia juga perlu membeli ubat-ubatan bagi penyakit diabetes, darah tinggi dan asma yang dihidapinya setiap bulan yang menelan kos tinggi.

“Selain kos ulang-alik ke Taiping, saya juga perlu berjimat sebab nak beli ubat setiap bulan dan selebihnya digunakan untuk teruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Mak Wan berkata, ketika ini dia tinggal bersendirian di rumah namun mengambil kesempatan itu untuk meluangkan masa mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.

Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang

Mak Wan

PELAKON

Katanya, bukan mudah tinggal bersendirian pada usianya sekarang namun memilih menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan agar dia tidak menghadapi kemurungan.

“Saya tidak mahu terlalu fikir keadaan saya sekarang kerana bimbang akan mengalami masalah kemurungan apatah lagi sekarang saya tinggal sendirian di rumah.

“Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah.

“Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan,” ujarnya.

Mak Wan mendekatkan diri dengan Allah kerana takut hadapi kemurungan

Sementara itu, Mak Wan menyeru agar penerbit atau syarikat produksi sudi memberikan tawaran lakonan kepadanya demi meneruskan kelangsungan hidup termasuk menampung kos membeli ubat-ubatan.

Kata Mak Wan, dia tidak kisah watak apa yang diberikan kepadanya asalkan dia dapat kembali berlakon yang menjadi sumber pendapatannya.

“Kepada penerbit diluar sana, kalau tak dapat beri banyak, cukuplah berlakon telefilem untuk bagi saya kerja. Itu sahaja saya mohon, dapat saya beli ubat,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button