Hiburan

Hamil 7 bulan tapi masih ligat menari, ramai bimbang Ayda Jebat terberanak atas pentas

Tindakan pelakon dan penyanyi,Ayda Jebat mejayakan persembahan bertenaga di acara Absolut Food Fest 2023 pada malam Sabtu mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Ini kerana Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat sedang hamil cahaya mata kedua dengan usia kandungan mencecah tujuh bulan namun masih mempamerkan aksi lincah menari di atas pentas.

Pengguna aplikasi TikTok, @poojapalatao dan akaun Instagram @__luqmnn ada memuat naik beberapa rakaman memperlihatkan Ayda menyanyikan lagu Nakal Nakal Nakal, Temberang selain Gangnam Style nyanyian asal PSY.

Susulan aksi penuh bertenaga, segelintir individu meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap bayi dalam kandungan penyanyi berusia 31 tahun itu.

Pening bayi dalam perut

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen lebih menegur penampilan Ayda yang dikatakan kurang sesuai sebagai ibu hamil kerana mengenakan baju nipis berwarna hitam sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

‘Inner’ selalu pakai dekat dalam

Terkejut tengok baju

Longgar la mana yang patut…

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak sulung Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button