Hiburan

“Still nampak macam remaja .. Cute betul Anne..”-Netizen

ANNE Ngasri atau Naszriah adalah satu diantara pelakon kanak-kanak tiga beradik iaitu Bell dan Darling yang berbakat dan mula mencipta nama pada awal tahun 1990-an kerana sering diberi peranan dalam drama-drama terbitan RTM dan TV3.

Berilah apa jua watak yang pasti anak kepada bekas juruhebah bersuara emas dan terkenal di RTM, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini, tidak pernah menghampakan bukan sahaja pengarah malah para peminatnya.

Meskipun Anne bermula sebagai ‘pelakon iklan’ ketika berusia empat tahun dengan iklan pertamanya ‘Nestum’ namun Anne bersama abangnya, Bell dan kakaknya, Darling berjaya mencipta nama dan populariti sejak kecil sehingga hari ini walaupun kini mereka jarang muncul di TV.

Walaupun kini Anne atau Datin Naszriah Ngasri lebih banyak menumpukan perhatian kepada rumahtangga dan enam orang anak, tiga daripada perkahwinan pertama, Abdul Warits,16, Abdul Wafri,14, Nazharah Afroza, 12 tahun dan dua bersama suaminya, Datuk Mohd. Sumali Reduan iaitu Sufi Harraz, sembilan tahun, Nefa Naura, empat tahun, dan anak tiri, Suffian Akim,17, namun minatnya dalam bidang lakonan tidak pernah padam.

Sejak dulu sampai kini suka tengok raut wajah Datin Anne Ngasri yang sentiasa nampak baby face walaupun dah berusia 37 tahun.

Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, lebih-lebih lagi kalau Datin Anne Ngasri bergambar bersama anak-anaknya. Comel sangat!

Saat ditanya apa rahsianya, ini jawapan Datin muda ini. “Petua saya mudah saja.

Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan.

Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.

URUS KELUARGA TANPA PEMBANTU

“Tahun ini sudah masuk dua tahun saya menguruskan keluarga dan menjaga sendiri 6 orang anak tanpa pembantu.

Sepanjang tempoh ini saya banyak habiskan masa di rumah. Walaupun penat namun saya gembira dan enjoy melakukannya demi keluarga.

Saya kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen.

Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan.”

Menerusi video terbaru di laman instagram, Anne Ngasri kelihatan semakin cantik dan cukup berseri mengenakan jubah serba putih semasa mengiringi perjalanan sahabat karibnya untuk menunaikan ibadah umrah.

“Selamat Jalan Selamat Menunaikan ibadah Umrah buat sahabat ku dunia akhirat kak @rabiatuhasmakhjghani … Didoakan semoga dipermudahkan urusan diberi kekuatan serta kesihatan supaya dapat menyelesaikan ibadah kali ini dengan sempurna…..

Bahagia itu salah satunya punya sahabat yg baik ikhlas menyayangi kita tanpa mengharap balasan apapun….

Yang penting yg kita mengiring je pun”

 

Untuk info, Datin Anne Ngasri bercer4i secara rasmi dengan suami pertama, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak.

Kemudian Datin Anne Ngasri bernikah dengan Datuk Mohd Sumali Reduan, 50, pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

 

Sumber:IG Anne Ngasri/berita steady media/ bebasnews.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button