Hiburan

Tom Dalam Seb4k, Terkenang Kisah Hidup; “Saya Lahirkan Seorang Diri, Tak Ada Orang Azan…”

Penyanyi yang kini sedang bersaing dalam progra Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom berkongsi kisah hidupnya sewaktu ditinggalkan suami dalam keadaan sedang hamil anak ketiga.

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia juga melahirkan anaknya seorang diri tanpa ditemani suami di sisi.

 

“Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin jodoh tak panjang. Masa saya tengah hamil dua bulan saya hidup sendiri, tidak sebumbung dengan suami. Daripada baby dalam perut itu berusia dua bulan saya bawa diri sendiri ke Langkawi.

“Sehinggalah saya lahirkan dia pun seorang diri, tak ada orang azan, tak tahu nak minta tolong siapa. Bila balik dari hospital tu, keadaan kita yang tiada suami. Susahlah seorang-seorang,” katanya.

Tom berkongsi situasi sukar itu menerusi sedutan rakaman temu bual sebelum persembahan, malam tadi.

Tom pada masa sama berharap dalam apa saja keadaan, dia akan tetap cuba membesarkan anak-anaknya dengan baik.

“Saya ada tiga orang anak, tapi yang saya jaga hanya dua orang. Untuk anak Mama, Adam. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Adam. Harap satu hari nanti kita akan dapat jumpa.

“Dan juga buat dua anak Mama, Mama buat semua ni untuk kami. Mama sanggup dikec4m takpe, tak kisah. Janji Mama dapat lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan kita,” katanya lagi.

Anak sulung Tom yang kini berusia 14 tahun kini dijaga sepenuhnya oleh bekas suami, sementara dua anaknya lagi bersamanya.

Terdahulu, Tom mendedahkan dia bakal kembali dengan imej baharu selepas mengambil keputusan untuk membuka stail rambut ‘dreadlock’ yang digayakan sejak tahun 2007 lalu.

Penampilan baharunya itu akan ditampilkan menerusi konsert ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ahad ini di dalam persembahannya, Goyang Inul yang dipopularkan oleh Inul Daratista.

Teruja dengan perubahan yang bakal ditampilkan, Tom akui berbuat demikian demi memberikan yang terbaik kepada peminat.

Malah perkara tersebut turut dikongsikan ibu kepada tiga cahaya mata ini menerusi Insta Stories, pada Isnin.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button