Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” – Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.

Gemar duduk rumah

Menerusi platfrom Thread, terdapat seorang individu yang berkongsi mengenai sikap Fattah yang dikatakan seorang ‘introvert’ dan hanya gemar menghabiskan masa di rumah bersama anak perempuannya.

“Tak kenal pun Fattah Amin secara peribadi, namun kawan-kawannya adalah kawan kita. Mereka cakap dia seorang introvert, suka duduk rumah layan anak, tak reti berparti bagai,” kongsi individu tersebut.

Pada perkongsian yang sama, individu tersebut juga menyatakan semakin lama seseorang itu berdiam diri, lagi banyak kecaman dan fitnah dilemparkan.

“Tapi itulah dunia sekarang, lagi diam, lagi banyak kena hentam dan fitnah,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian individu tersebut.

Fazura dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat lalu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button