Hiburan

“Jaclyn Victor buat lagu Anuar Zain macam lagu dia” – Tuah Lelaki Ini buat Jac

Persembahan cemerlang sebagai penutup gelanggang Gegar Vaganza minggu ke-8 oleh Jaclyn Victor berjaya memukau penonton.

Tampil dengan busana unik sambil mendendangkan lagu ‘Lelaki Ini’ nyanyian asal Anuar Zain nyata beri kepuasan kepada penonton dengan meraih pelbagai pujian di media sosial.

Selain itu, persembahan oleh Jaclyn itu telah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang berada di auditorium serta mendapat komen yang positif daripada juri tetap iaitu Hetty Koes Endang.

Menjengah di platform Twitter, rata-rata netizen memberikan pujian melambung kepada penyanyi bersuara lantang itu dan menyifatkan persembahan beliau berjaya.

“Jaclyn Victor buat lagu Anuar Zain macam lagu dia, persembahan penutup yang memukau dengan vokal yang mantap. Penutup yang baik,” ciap seorang netizen.

“Lelaki Ini sangat sinonim dengan Anuar Zain, suara Jaclyn Victor sangat sesuai dengan lagu ini dan membuatkan lagu ini lebih beremosi ditambah pula dengan suara serak basah beliau. Suka sangat versi Jaclyn,” ciap seorang lagi netizen.

“Campaklah lagu apapun untuk Jaclyn, dia akan nyanyikannya semudah A B C, persembahan penutup yang cukup sempurna untuk menutup tirai GV minggu kelapan,” ciap netizen yang lainnya.

Bekas juara Malaysia Idol itu telah memperoleh markah tertinggi sekali gus meletakkan dirinya sebagai juara untuk minggu kelapan dan mara untuk bertarung ke minggu seterusnya.

Dina Nadzir peserta tercorot, GV9 buat kejutan lagi tiada penyingkiran

PROGRAM Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sekali lagi membuat kejutan apabila tiada penyingkiran pada minggu kelapan yang berlangsung pada malam Ahad.

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga tiada penyingkiran dibuat sepanjang musim ini dan membolehkan kesemua baki sembilan peserta mara ke peringkat berikutnya.

Pada minggu ini, Jaclyn Victor kembali mengungguli kedudukan teratas dengan markah sebanyak 85.00 peratus diikuti V.E. (80.40) dan Tomok (79.00).

Tiga peserta yang mendapat markah terendah adalah Fuad Rahman (69.80), Asheed Def Gab C (63.20) dan Dina Nadzir (60.60).

Jaclyn Victor mengungguli GV9 minggu kelapan.

Peserta lain yang mara ke peringkat seterusnya adalah Hazrul Nizam, Bob Yusof dan Shila Amzah.

Dalam pada itu Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi manakala Bob Yusof pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Bintang Memukau Adabi pula dimenangi Jaclyn Victor yang membawa wang tunai RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500.

Pertandingan yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menampilkan barisan juri Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, GV9 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Sumber: KOSMO! ONLINE , mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button