Hiburan

Mas Idayu mahu pengs4n… Ajai anggap nyanyian bukan untuk Syahir, Shila pula terlalu sayangkan adik

KEMUNCULAN pasangan adik-beradik Shila Amzah dan Syahir Amzah sekali lagi gagal mendapat perhatian juri apabila persembahan minggu kelima pertandingan Famili Duo musim ketiga mendapat kritikan hebat juri.

Juri tetap, Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy memberitahu banyak kesilapan dilakukan dua beradik itu sehingga membuatkan dia berasa ingin pengsan.

“Toong saya boleh, Mummy nak pengsan. Saya tahu awak menyanyi dengan bagus.

“Awak banyak silap tempo, jangan masuk rumah orang. Mummy tahu Shila akan okay sebab nak beri sokongan kepada adik saja.

Syahir perlu lakukan sesuatu agar persembahannya setara dengan Shila.

“Tapi minta maaf Mummy tak suka persembahan awak berdua malam ini,” katanya.

Sementara itu, Ajai berpendapat Shila terlalu sayangkan adiknya sehingga rela menghasilkan persembahan yang teruk.

“Shila saya tahu awak sayang adik awak sangat… Cuma selepas habis ini (program FD3), nyanyian bukan untuk awak (Shahir), awak kena buat sesuatu.

“Tapi kakak awak maam show sendiri, Syahir awak kena beri banyak lagi usaha untuk bantu kakak awak,” ujarnya.

Pada pertandingan itu Shila dan Syahir tampil dengan lagu medley Baby One More Time (Britney Spears) dan Beat It (Michael Jackson).

Kedua-dua juri sepakat memberi lima markah untuk persembahan mereka.

Sementara itu, Janna sempat berseloroh sama ada Shila menyesal dengan keputusan bergandingan dengan Syahir selepas juri memberikan kritikan mereka.

Bagaimanapun Shila memberitahu dia memilih Syahir kerana mahu menyerlahkan bakat yang ada pada adik lelakinya itu.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Konsert minggu kelima FD3 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Ruhainies, Yassin dan Azlee Senario berserta Jeoy.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button