Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang, duit tak lesap… “Kalau dulu faham-faham sendirilah”
MENGAKUI kehidupannya kini lebih bahagia, usahawan Mawar Karim memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika masih berstatus isteri orang.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun kata-kata tersebut seakan ditujukan kepada individu yang pernah bertakhta dalam hatinya.
“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.
“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” katanya.
Mawar, 34, mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dirinya tidak lagi secantik seperti mana ketika dia dan Fizo masih bergelar pasangan suami isteri.
Dalam masa sama, dia juga turut menyelar tindakan individu itu yang menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata untuk menyerang dirinya.
Bukan itu sahaja menerusi komen yang ditulis, individu itu turut memuji kehidupan Fizo kini dilihat lebih bahagia bersama isteri bagi perkahwinan keduanya dengan Fazeera Nazri.
“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?
“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.
Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah
MAWAR KARIM USAHAWAN.
Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Kemudian pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.
Fizo dan Mawar kini bahagia dengan kehidupan masing-masing lepas berpisah. Mereka telah memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.
Selepas penceraian itu Mawar pula dikatakan hidup bermadu selepas berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk sekitar awal tahun lalu dengan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang. Dia bagaimanapun menafikan desas-desus itu.
Sumber : mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.