Hiburan

Kcoh Bila Shila Amzah Buang Sesuatu Atas Pentas, Tindakan Beliau Undang Rasa Kurang Sopan. Lihat Apa Terjadi..

Kuala Lumpur: Aksi penyanyi Shila Amzah mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membuang di pentas sempat dirakam kamera ketika dia membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam. Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna di aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas. “Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa ‘perform’ dan kali ni terbang ya gula-gula tu.

Bertabahlah abang yang kutip tu,” tulis pengguna Yazid Yacob. Hantaran video itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan, lebih 2,900 tanda suka dan lebih 100 komen.

Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu. Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama

ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu. “Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak,” tulis ciknurullpompom. “Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai,” tulis Idrul Nafiz. Terdahulu, MENGAKUI tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga,

penyanyi Shila Amzah bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan baharu. Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, pengalaman gagal dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan dia menginginkan seorang lelaki yang mempunyai matlamat dalam hidup. “Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati.

Netizen dakwa tindakan beliau kurang sopan kerana buang merata tempat. lihat video

 

Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.  “Saya mahu mencari seorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun, tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin. Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media.

Reaksi Dari Shila Amzah

Selamat menyambut hari kebangsaan ke 65 tahun. I love being in RED especially for last night.

Thank you RTM for having me ,I had so much f.un last night!. Sorry lupa buang gula2 sebelum naik stage smlm. The afte.rmath of being demam, makan ubat batuk,selsema and p.anadol then minum coffee at 11.30pm ,dapat lah kita menikmati video bts ini.

Sumber: Harian Metro

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button