Hiburan

Buka Cawangan Perniagaan Di Indonesia, Hafiz Mahamad Terima Hampir 200 Email Mohon Kerja

Pengsohor media sosial, Hafiz Mahamad meluahkan rasa terharu apabila jenama kosmetik dan kecantikan yang diusahakan bersama isterinya, Ainaa Beauty telah menembusi pasaran Indonesia.

Menerusi kemas kini di Instagram, Hafiz juga dilihat berasa bangga apabila rakyat Malaysia dapat ‘berdiri’ di negara orang. “Ainaa, nama awak dah ada di seberang.

Walaupun abang kurang masa, tapi nama awak sentiasa abang bawa kemana-mana.

“Bila saya melihat kita dapat berdiri di negara orang… Ya Allah, dengan izin Mu, aku yakin aku dan pasukan mampu buat semua ini,” katanya.

Menurut Hafiz, buat masa ini dia hanya mengharapkan sokongan daripada pengikut-pengikutnya yang telah dianggap sebagai sahabat.

“Saya tidak mengharap untuk dihargai, kerana pedih bila berharap. Tapi saya hanya perlukan sokongan daripada awak sahabat saya.

Izinkan saya menjadi wakil anak Malaysia untuk berada dan mencipta kejayaan di negara orang. Percayalah, kudrat saya dan pasukan tak pernah main-main.

Saya takkan sia-siakan sokongan itu. “Saya dapat email hampir 200 sahabat di Indonesia yang nak bekerja dan berniaga dengan Ainaa di sini.

Alhamdulilah semalam (Jumaat) selesai setup management di Pekan Baru dan Ahad saya akan ke Jakarta pula.

“Untuk usahawan Ainaa (team), percaya kata kata abang: ‘Tiada jalan shortcut’.

Abang harus kerja keras dan buat semua ini untuk hilangkan satu persepsi, selain untuk kebajikan awak tapi ada satu sebab penting dibawah ini.

“Bila mereka tanya awak kerja atau berniaga apa? Jangan jawab awak berniaga produk orang. Tapi jawablah, ‘Aku usahawan Ainaa’.

Abang tak nak dan percaya takkan ada seorang pun akan menghina kerjaya awak tapi mereka bangga ‘Ainaa’ selalu ada hala tuju.

 

Komen Netizen:

Inspirasi, cinta dan keberanian, ini lah Ainaa,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat serta respons positif buat Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina.

Selain itu, tidak kurang ada yang menumpang bangga terhadap pembukaan cawangan Ainaa Beauty di seberang.

 Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button