Hiburan

Jep perjelas sebab tak datang majlis kahwin Shuib dan Watie

KETIADAAN kelibat pelawak Jep Sepahtu ketika majlis pernikahan sahabatnya iaitu Shuib minggu lalu menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

Malah ketika Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin, 38, membuat video siaran langsung di TikTok miliknya, peminat turut membangkitkan perkara itu bagi mendapat jawapan daripadanya.

Bersahaja menjawab pertanyaan itu, Jep yang berada di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha memberitahu dia tidak hadir kerana tidak mendapat jemputan.

Jep mendedahkan dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

“Oh saya tidak dijemput,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua pelawak ini dikatakan renggang selepas Shuib mengambil keputusan tidak lagi kembali menyertai program Sepahtu Reunion.

Malah Shuib menyangkal wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali ke pangkuan program berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai presepsi kurang baik tentang mereka berdua.

Susulan itu, Jep mendedahkan Shuib mengundurkan diri selepas insiden dia melakonkan salah satu babak yang didakwa terdapat unsur luc4h sehingga menerima kecaman ramai.

Disebabkan itu, Shuib digantung daripada muncul dalam program tersebut selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka namun dia tidak dapat menerima keputusan itu.

Pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie Hanifiah sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam.

Shuib selamat mendirikan rumah tangga bersama Watie.

Majlis akad nikah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, Ustaz Don Daniyal, MK K-Clique, Wan Sharmila dan Marsha Milan.

Untuk rekod, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button