Alif Satar kemalangan ketika tunggang motosikal, dibawa naik ambulance
PENYANYI dan pelakon Alif Satar terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas menunaikan solat Jumaat.
Insiden itu dimaklumkan usahawan Wak Doyok di laman X (Twitter) pada Jumaat.
Susulan itu, Wak Doyok meminta orang ramai supaya mendoakan kesembuhan Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33 tahun.
Alif kemalangan ketika perjalanan ke rumah orang tuanya.
“Marilah kita doakan sahabat saya Alif Satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan motosikal di depan saya. Alhamdullilah semua baik-baik,” katanya.
Sementara itu, pengurus Alif iaitu Dina ketika dihubungi mStar memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika Alif sedang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di Hartamas, Kuala Lumpur.
Dina memberitahu Alif tidak mengalami kecederaan yang teruk dan akan melakukan ujian x-ray bagi memastikan tiada berlaku sebarang kecederaan dalaman.
“Isteri Alif beritahu saya yang dia jatuh biasa sahaja. Orang langgar. Dia nak pergi ke rumah ibu bapanya di Hartamas.
“Dia naik motosikal. Dia okay, tiada yang serius,” ujarnya.
Alif dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan serius.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Alif diberikan kesembuhan dengan segera meskipun tidak mengalami kecederaan teruk.
“Moga Alif baik-baik sahaja. Semoga Alif cepat sembuh. Hati-hati semua yang naik motosikal.
“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan,” kata mereka.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.