Hiburan

Rakan Rakan Selebriti Nad Zainal Buat Kutipan Derma Dan Ini Jumlah Yg Mereka Serahkan Kepada Keluarga Nad Zainal

TABUNG Kecem4san Nad Zainal berjaya meraih sumbangan sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu sumbangan tersebut sudah pun diserahkan kepada ibu bapa Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagi urusan pembayaran hospital.

“Mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.

“Ini termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru Aswara, produser TV, rakan-rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat Nad Zainal,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan perkara itu di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Sakinah berkata, kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy dihentikan buat masa ini.

“Terima kasih atas semua titipan doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita.

“Semoga usaha kita ini dipermudahkan dan sahabat kita kembali sihat,” katanya.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru.

Terbaharu, keadaan pelakon itu dilaporkan menunjukkan perkembangan positif namun kembali direhatkan ekoran paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button