Hiburan

[VIDEO] Kec4m Safawi & Syifa Berjemaah, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Adik-Beradik Melvin

Usahawan selebriti, Syatilla Melvin bersama adik-adik beradiknya yang lain mencuri perhatian warganet selepas sesi siaran langsung di TikTok mereka dimuat naik semula oleh peminat.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit lebih itu, Syatilla bersama-sama Syida dan Syafiqa Melvin tidak berpuas hati dengan tindakan adik mereka, Syifa yang dilabel sebagai tidak prihatin terhadap ahli keluarga yang lain.

Menurut Syida, mereka sekeluarga telahpun sampai ke Terengganu selama dua hari namun Syifa tidak sekali pun datang menjenguk mereka apatah lagi bertanyakan soal makan minum keluarganya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran video sama, Syatilla dan adik beradik yang lain dikejutkan dengan kehadiran Syifa di bilik hotel mereka dan memaklumkan ‘kutukan’ yang dibuat itu hanyalah sekadar gurauan mereka adik-beradik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur sehinggakan ramai yang boleh ‘relate’ dengan telatah mereka.

Sumber:Xtra.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button