Hiburan

“Sudahlah Kahwin tanpa pengetahuan, dia sindir saya masa..”Tak sangka.. Akhirnya Isteri pertama dedah Kenapa dia s3rang madunya..

Hari ini, kecoh di media sosial apabila isteri-isteri kepada bekas jurulatih bola sepak bergaduh di sebuah restoran terletak di Shah Alam, Selangor kerana salah faham.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana isteri pertama ber4ng disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati isteri pertama jurulatih berkenaan berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri kedua suaminya.

“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen,”katanya.


Selain itu, isteri pertama turut memarahi madunya dan mendakwa wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.


Katanya lagi, kedua-dua wanita berkenaan turut menarik rambut sesama mereka dan pertengkaran yang berlaku di dalam restoran juga dibawa sehingga ke bahagian luar.

“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.


“Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian,” katanya.

Terdahulu, sebuah restoran kacau-bilau apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang bekas jurulatih bola sepak tempatan bergaduh kira-kira jam 2 pagi. Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di restoran berkenaan.

Kes disiastan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

 

Sumber: Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button