Hiburan

Hana Azraa ded4h mesej PU Abu luah rasa rindu, mula hilang sabar masih diganggu PU Abu- ” Ini am4ran terakhir”

KONFLIK membabitkan Pencetus Ummah (PU) Abu dengan Hana Azraa masih belum berkesudahan apabila pendakwah bebas itu didakwa masih mengg4nggu bekas isterinya itu.

Menerusi muat naik di Instastory, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai diterima daripada Abu.

Dalam mesej yang dihantar oleh Abu itu, dia meluahkan rasa rindu terhadap Hana.

Hana Azraa dedah masih diganggu PU Abu.

Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi menganggunya.

“Amaran terakhir. Stay away, kalau tidak kamu hanya membuka pekung sendiri. Last. Saya takkan teragak-agak untuk speak the truth.

“Tolong ingat semula segala perkataan yang kamu sebut tentang saya ketika kamu live sewaktu saya berada di Madinah. Last warn, stay away,” katanya.

Sebelum ini Hana berkata dia masih boleh bersabar dengan sikap Abu itu kerana menghormati isteri bekas suaminya itu dan juga anak-anak mereka.

“Saya masih ingat pada hari yang kamu manipulasi semua orang untuk nampak saya bermasalah sewaktu saya sedang berkerja di Madinah. Waktu itu adalah masa terbaik untuk saya cerita.

“Tapi masih bersabar memikirkan periuk nasi awak dan tanggungjawab awak pada anak dan isteri yang sedang mengandung anak ketiga kamu. Ini yang saya dan Mateen dapat?

Tolong kasihankan anak-anak. Cukup untuk mereka membesar untuk tengok bapa yang selfish begini. Cukup!

HANA AZRAA

BEKAS ISTERI PU ABU

“Saya tak nak buat dah semua benda ini tapi makin hari makin melampau. All those word tak tallydengan your action. Tolong kasihankan anak-anak. Cukup untuk mereka membesar untuk tengok bapa yang selfish begini. Cukup!” luahnya.

Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin.

Hana Azraa akui rimas diganggu PU Abu berulang kali.

Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan ‘Afi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button