Hiburan

Datuk Syafinaz Ulas Soal ‘Extra Sporting’ Di GV9; “Mungkin Lebih Rileks Sebab Nabil & Elly, Saya Selesa…”

Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia selesa dengan warga kerja Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sehingga ada yang menyifatkan dirinya ‘extra sporting’ ketika berada di posisi juri bagi musim kali ini.

Syafinaz, 49, berkata dia juga senang bekerja dengan hos program tersebut, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

“Saya hanya jadi diri sendiri. Cuma saya mungkin lebih relak sebab Nabil dan Elly Mazlein. Saya rasa selesa dengan mereka. Jadi bila saya sudah selesa, saya pun akan ‘naik gila’ juga.

“Mungkin ramai orang tak percaya. Dulu-dulu saya ada cakap saya ni seorang yang gila-gila. Hanya orang yang rapat sahaja yang tahu saya jenis yang bagaimana. Tak kenal maka tak cinta.

“Kalau nak kata ‘extra sporting’ musim kali ini, mungkin kerana saya sudah selesalah. Begitu juga dengan barisan juri, memandangkan sudah terbiasa kerja dengan mereka juga sebelum ini,” katanya kepada MH.

Syafinaz yang sinonim menerusi lagu Ingin Bersamamu turut mengulas mengenai pendekatannya di dalam memberikan komen infotmatif dalam soal teknik vokal kepada para peserta.

“Kalau anda melihat cara saya beri komen sama sahaja. Cuma bezanya ialah jenis pertandingan. Macam sekarang, ia GV. Jadi kita akan bercakap dengan mereka yang sudah biasa menyanyi.

“Ia berbeza macam contoh seperti Big Stage atau Bintang RTM yang mana pesertanya terdiri daripada mereka yang masih baharu nak menyanyi. Jadi cara bercakap itu berbeza.

“Malah ada juga pertandingan yang mempunyai cikgu vokal sendiri. Jadi bila saya beri komen itu, ia sebenarnya adalah untuk cikgu vokal itu juga. Bila dia mendengar, mungkin ada yang boleh diperbaiki,” katanya lagi.

Terdahulu, penampilan Syafinaz pada konsert minggu kesembilan, GV9 pada Ahad menuai kritikan segelintir netizen apabila dikatakan s3ksl dan tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.

“Baju Syafinaz sangat tidak sesuai,” komen seorang pengguna Twitter.

“Tiada siapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 malam ini (semalam),” ciap seorang lagi netizen.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

Sumber: MH, KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button