Hiburan

Dakwaan Berf0ya Di KelabMalam, Aedy Ashraf Akhirnya Bersuara – “Saya Bukan Warak, Hanya Hutang Penjelasan Dengan …”

Tidak boleh dinafikan wajah tampan dan kredibiliti lakonan yang ditonjolkan aktor Aedy Ashraf membuat dirinya sentiasa menjadi pusat perhatian.

Bagaimana peminat setia menyokong setiap kerja lakonannya, begitu juga dengan kehidupan peribadi si bujang berusia 29 tahun itu.

Ini termasuklah siapa kekasih dan aktiviti yang dilakukan bintang drama terbaharu Astro Original, Kudeta itu, sehingga salah satu yang menimbulkan kontr0versi baru baru ini adalah rakaman video dan sebaran foto dirinya didakwa berf0ya dalam sebuah kelab malam.

Tanpa berselindung, dengan penuh takzim, Aedy mengatakan, di luar konteks pekerjaan, dia hanya seorang manusia biasa yang menjalani kehidupan peribadi tidak jauh berbeza dari orang lain.

“Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa biasa, maksud saya bukan warak, membesar di ibu kota dan menjalani kehidupan sama seperti kebanyakan orang lain.

“Sejujurnya saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa, kecuali ibu saya.

“Jadi setelah ia berlaku, saya jelaskan semuanya kepada ibu, Alhamdulillah, ibu sangat tenang dan kata dia kenal saya. Dia berpesan agar saya lebih berhati hati,” katanya kepada Gempak.

Tambah Aedy yang akan muncul dengan filem aksi pada tahun hadapan itu lagi, sebagai manusia dia juga menerima pelajaran daripada kontroversi yang terjadi.

“Saya muhasabah dan belajar banyak benda dari hal tersebut, termasuk jangan mudah percaya kepada orang meskipun dalam kalangan kawan sendiri,” katanya lagi.

Lebih daripada itu, Aedy menjelaskan dia cuba menjaga sikap, adab dan reputasi dirinya sebagai seorang pelaku seni.

Malah Aedy mengaku kurang gemar bercerita tentang kisah peribadi kerana mahu fokus diberikan terhadap mutu kerjanya.

“Saya sudah berlakon sejak usia 7 sehingga 29 tahun, dan senang untuk memberi fokus terhadap karier. Apa yang penting adalah komitmen kepada produksi, disiplin dan tidak menimbulkan masalah dalam pekerjaan.

“Terus terang saya akui memang kurang gemar ditemubual atau bercakap kerana lebih selesa berdialog (jadi pelakon),” jelas anak kelahiran Kelantan itu seperti mohon dimengerti.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button