Hiburan

“TGk Muka Pun Saya Boleh” -Reen Rahim Ulas Isu Ceklk. Sekali Fezrul Khan, Ogy Ahmad Buka Mulut

Pelakon Reen Rahim menyatakan sudah memaafkan pelakon lelaki yang didakwa menceklknya sewaktu menjayakan satu babak lakonan dalam penggambaran filem Batu Syaitan.

Tidak mahu memperbesarkan isu, Reen berkata hal yang berlaku itu sudah selesai dan dia tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan sekali lagi dengan aktor berkenaan dalam mana-mana naskhah selepas ini.

“Saya sangat profesional, apa yang sudah berlaku sebenarnya perkara kecil sahaja sebabnya selepas habis sahaja inslden itu, tak sampai dalam 10 minit saya dah kembali berlakon.

“Saya okay dan dah maafkan perkara itu, tengok muka dia pun saya boleh. Saya boleh lupakan insiden itu.

“Tapi, kalau dia yang sudah tidak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang saya boleh cakap?

“Saya okay sahaja sekiranya perlu berlakon dengan dia lagi sebab saya memang tak ada masalah.

“Kalau nak mempromosikan filem itu bersama-sama pun saya sememangnya tak ada masalah,” katanya ketika ditemui usai sesi pratonton filem lakonannua berjudul Daddyku Gangster baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Reen, dia tidak menafikan ada rasa sedikit kesal kerana pelakon itu tidak mengakui kesalahan sebaliknya menganggap inslden itu sebagai sebahagian babak dalam lakonan.

“Saya ada mesej dia secara personal dan berikan video itu sebagai bukti yang menunjukkan saya benar-benar saklt dan tidak bermaksud mahu kurang ajar.

“Tetapi dia tak mengaku dan beritahu benda itu tak saklt dan tak real. Sebenarnya saya berharap selepas perbualan itu adalah feedback positif dari dia. Tapi bila dia sudah kata begitu, saya nak kata apa?

“Ketika kejadian saya memang hampir lost, sebab itu saya tertengklnh dia, macam buat perangai dekat rumah gaduh dengan adik beradik.

“Sebenarnya selepas saya bertenang dan mahu kembali ke set penggambaran, saya ingin meminta maaf, tetapi pada ketika itu saya lihat dia tengah marah,” jelasnya.

“Kalau Setakat Kena Ceklk Macam Tu, Takkan Maatl Punya” – Fezrul Khan Ulas Isu Babak Dengan Reen Rahim

Pelakon Fezrul Khan memberitahu dia berasa hairan dengan tindakan aktres Reen Rahim yang menjerit kepadanya selepas pengarah menghentikan babak aksi antara mereka.

Pernah melalui pengalaman lakukan babak melibatkan api dan air, Fezrul berkata setakat aksi menceklk yang dilakukan terhadap Reen itu tidak akan mer4gut nyawa.

“Kenapa bila pengarah ‘cut’ saja, dia kena menjerlt dengan saya? Kenapa tak jerlt dari awal? Habis saja babak tu, dia siap betulkan rambut. Saya pernah melalui pelbagai pengalaman dalam api dan juga air.

“Kalau setakat kena ceklk begitu, tak kan maatl punya. Mungkin dia nak tunjuk kepada teman lelakinya kot. Sebelum masuk set pun, penolong pengarah sudah pesan, ‘kalau teman lelaki Reen datang, jangan bergurau dengan dia’.

“Sebagai pelakon, saya perlukan keserasian. Kalau tak dapat keserasian itu, takkan dapat melakonkan sesuatu watak dengan baik,” katanya kepada Gempak.

Fezrul berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada baru-baru ini.

Menurut Fezrul lagi, dia mempunyai pengalaman dan ilmu berkaitan keselamatan selain pernah menyelamatkan orang yang pengsan di set penggambaran.

“Saya belajar dengan pelbagai badan beruniform dalam melakukan sesuatu urusan berkaitan menyelamat dan sebagainya.

“Bahkan, saya juga pernah menyelamatkan orang yang pengsan di set penggambaran. Saya belajar semua itu dan bukan bodoh-bodoh saja.

“Saya dah pernah lakonkan pelbagai babak aksi pertarungan dengan ramai pelakon, baik lelaki, mahupun wanita. Pernah juga saya tertendang kepada orang dan tersiku.

“Tapi, kemudian saya akan minta maaf dan tanya sakit atau tidak kerana ada kalanya, kemalangan tak dapat dielakkan. Kita cuma boleh melakukan latihan, tapi kalau kemalangan nak berlaku, ia akan berlaku,” katanya.

 

Inslden ‘ceklk’ boleh elak kalau tahu teknik lakonan, Ogy Ahmad Daud kongsi pengalaman buat babak tarik rambut

KECEDERAAN ketika melakukan aksi lasak dapat dielakkan sekiranya seseorang pelakon tersebut tahu tentang teknik lakonan sebelum memasuki set penggambaran.

Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud memberitahu setiap babak terutamanya melibatkan aksi lasak dengan sentuhan fizikal perlu dilakukan dengan teknik yang betul dan disebabkan itu asas lakonan sangat mustahak.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi bagi seorang pelakon lama saya rasa kita sebagai pelakon harus tahu teknik lakonan.

“Setiap babak yang dilakonkan, tidak kira adegan apa pun memang perlu ada cara betul untuk dilakukan,” katanya kepada mStar.

Ogy tidak kedekut berkongsi ilmu kepada pelakon.

Fauziah atau lebih lebih mesra dengan sapaan Ogy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Kuliah Dhuha sempena pelancaran wakaf al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ia sebagai respon susulan isu hangat melibatkan dua pelakon iaitu Fezrul Khan yang dikatakan mencekik rakan gandingannya iaitu aktres Reen Rahim sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem.

Reen mendakwa Fezrul tidak mengaku dia melakukan kekasaran terhadapnya namun aktor itu pula membidas kenyataan tersebut dan menegaskan apa dilakukan demi memastikan babak tersebut kelihatan real.

Dalam pada itu, Ogy tidak menafikan sebagai pelakon mereka juga manusia biasa yang akan membuat kesilapan meskipun sudah dilatih dengan teknik lakonan.

Bagi seorang pelakon lama, saya rasa kita sebagai pelakon harus tahu teknik lakonan.

Kata Ogy, perkara itu sepatutnya perlu ada perbincangan di antara pelakon dan pengarah sebelum memulakan penggambaran bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Pada saya, kenapa tidak melakukan perbincangan (jika tiada) sebelum adegan itu dilakukan.

“Sebaik-baiknya, pelakon perlu berbincang bagaimana babak itu akan dilakukan… ia sebenarnya cara terbaik,” katanya.

Ogy berpendapat setiap pelakon harus tahu teknik lakonan.

Berkongsi pengalaman sendiri, Ogy berkata, dia sendiri pernah melakonkan babak adegan menarik rambut sehinggakan ramai percaya ia benar-benar berlaku.

Kata Ogy, seorang pelakon tidak perlu berlebihan untuk memastikan sesuatu babak kelihatan real, sebaliknya hanya perlu menggunakan teknik yang tepat.

“Ketika berlakon dalam teater Bawang Putih Bawang Merah ada adegan tarik rambut dan saya ajar teknik itu kepada pelakon supaya ia nampak betul tetapi tidak menyakitkan mana-mana pihak.

“Nak bagi nampak real ada cara yang tepat selain kita kena tahu siapa feeder dan siapa killer,” jelasnya.

Reen mendakwa dicekik oleh Fezrul ketika penggambaran sebuah filem.

Dalam perkembangan lain, Ogy selaku Premier Volunteer Yayasan Ammirul Ummah (YAU) melancarkan Program Wakaf 10,000 naskhah al-Quran bagi mempertingkatkan pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.

Kesemua 10,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan itu akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia.

“Saya seru agar lebih ramai individu yang akan menyertai program wakaf ini bagi menjayakan misi sasaran kutipan yang akan disumbangkan pada Disember ini.

“Ia sekali gus menggenapkan jumlah 50,000 naskhah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun ini,” katanya.

kredit: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button