Hiburan

ZahidHamidi Jadi TPM, Lagu Altimet Makan Diri? Ini Reaksi Empunya Diri

 

Penyanyi rap, Altimet diser4ng netizen selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I semalam.

Rata-rata warganet di Instagram meluahkan kekesalan dan meninggalkan sindlran halus kepada Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berikutan lagu nyanyian serta ciptaannya yang berbaur politik berjudul Aduh Malaysia.

Lagu itu seolah olah telah memakan dirinya apabila antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi, siapa sokong peny4mub? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu”

Difahamkan, lagu dinyanyikan oleh Altimet diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi Ramli yang baru dilantik sebagai Menteri Ekonomi Kerajaan Perpaduan iaitu ‘Ayuh Malaysia’.

Justeru rata-rata juga mengharapkan Altimet mengeluarkan lagu baharu yang mungkin dapat mengimbangi semula dengan lirik sebelum ini yang dilihat sudah memakan diri.

“Sempat lagi tukar lirik bro,” komen salah seorang warga maya

“Tolong buat lagu baru please. Tak sabar nak dengar ni,” minta salah seorang netizen

“Tukar sikit lirik hoi ya hoi kami sayang peny4mub,” kata salah seorang warga net

Altimet membiarkan komen komen ‘panas’ tanpa membalas yang mula membanjiri Instagram miliknya itu.

Namun dilihat seolah-olah melarikan diri ke Twitter dengan satu ciapan.

Tiada kata, Altimet hanya menciap satu dua emoji yang menunjukkan konon dia tidak tahu apa-apa.

Ciapan itu turut mendapat lebih 300 komen dan hampir 3,000 retweet setakat lewat malam tadi.

Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button