Hiburan

“Mummy dan keluarga terpaksa berlapang dada” – Rozie Othman kecewa cucu keluar Dolla, Syasya dan suami sambung pengajian di luar negara

PELAKON Rozie Othman kecewa dengan keputusan cucunya iaitu Syasya yang mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla ketika namanya meniti populariti.

Rozie, 61, berkata, dia hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara tersebut namun berlapang dada dengan keputusan cucu kesayangannya itu.

“Syasya mummy (panggilan Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun mummy ada rasa kecewa kerana nama awak tengah naik dan buat keputusan untuk berkahwin.

Syasya dan suami selamat disatukan pada 20 April lalu.

“Mummy dan keluarga terpaksa berlapang dada, apa-apa pun keputusan Insya-Allah kalau suatu hari nanti awak nak kembali saya doakan awak.

“Tapi bila dia buat keputusan tarik diri agak kecewa… ramai kawan-kawan bertanya tapi saya tiada jawapan. Mungkin Allah dah tentukan dia untuk tidak menyanyi,” katanya.

Rozie menjelaskan perkara itu menerusi temu bual dalam program Melodi pada Ahad.

Rozie juga menyifatkan doanya buat Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berpenampilan sopan termakbul apabila cucunya kini tampil menutup aurat.

“Masa kejadian dia nak nikah itu saya sebulan di Tanah Suci. Saya berdoa kalau Syasya nak cipta nama minta dia tukar penampilan tak nak seksi dan biarlah nampak kewanitaan.

“Tapi mungkin Allah kabulkan sekarang ini dia sudah bertudung dan terpaksa keluar dari kumpulan dia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rozie juga memberitahu Syasya bakal menyambung pelajaran ke keluar negara bersama suaminya tidak lama lagi.

Malah keputusan untuk berkahwin dan menyambung pelajaran membuatkan Syasya mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla.

Rozie maklunkan Syasya dan suami bakal sambung belajar.

“Dia nak kahwin sebab suami nak sambung belajar, memang dia tak nak keluar tetapi disebabkan perjanjian bila sudah berkahwin kena keluar.

“Insya-Allah selepas raya haji Syasya dan suami akan bergerak ke luar negara untuk sambung belajar,” kongsinya.

Pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla diatas sebab peribadi yang tidak dapat didedahkan.

Wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada 21 April lalu turut mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.

Ia susulan foto Syasya manis mengenakan baju rona putih sedang duduk di tepi seorang lelaki memakai baju Melayu di dalam sebuah masjid tular di media sosial.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button