Viral

Dah Ikat Lepas Bersalin, Tapi Terasa ‘Klck’ Dalam Perut, Ibu Tak Sedar Kandungan Cecah 6 Bulan- ‘Lvka Czer Pun Fresh Lagi’

Kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Sebelum ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Siti Nurzaharah atau lebih mesra dengan panggilan Zara ada berkongsi di Facebook mengenai kisah kehamilan anak ketujuhnya meskipun pada ketika itu dia telah melakukan prosedur Bilateral Tubal Ligation(BTL) atau ‘ikat peranakan’.

Terasa ada ‘benda’ bergerak dalam perut

Menurut Zara, selepas kelahiran zuriat keenam iaitu Dayyan Hadief pada 30 Ogos 2021, dia telah melakukan prosedur BTL atau ikat peranakan. Namun beberapa bulan selepas itu, Zara mengalami sakit perut. Pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap sakit itu kemungkinan disebabkan kesan pembed4han atau BTL tetapi siapa sangka, kesakitannya itu berpanjangan sehinggalah dia merasa ada sesuatu yang bergerak di dalam perutnya.

Dalam hati ni langsung lah tak terfikir pasal pregnant sebabnya dah ikat kan tapi hati ni tak sedap, takut benda yang tidak-tidak je sampai dah mula fikir unsur mistik. Ada tanya doktor & doktor cakap mungkin masalah usus dan mungkin juga mgandung luar rahim tapi sangat rare lah jadi macam tu. Memandangkan kite ni memang kerja dekat postnatal wad, so Zara cerita dekat doktor & doktor decide nak buat 1 scan.

Lebih mengejutkan hasil imbasan mendapati Zara sebenarnya berbadan dua dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan, dua minggu iaitu hampir enam bulan. Zara akui pada ketika itu, pemikirannya bercelaru memandangkan anaknya baru berusia 11 bulan dan luka pembed4han juga masih belum pulih sepenuhnya malah dirinya pula bakal melahirkan zuriat ketujuh pada November 2022.

Mer4ung dekat wad, drama kat wad tadi. Tak tahu sedih sebab apa, terkejvt? Tr4uma czer? Teruja? tak tahu. Ikutkan due hujung bulan 11 ni. Korang doakan Zara ya. Berat mikir, tang mane ko berenang nak oiiii. Apa pun ceritanya cuma Allah yang tahu. Kita tunggu pakar kata apa yaa. Maka bermula la episod buku pink untuk mama semula.

Menerusi perkongsian terbaharu, Zara sudah selamat melahirkan zuriat ketujuhnya yang diberi nama Muhammad Ilman Mikhail pada 9 November lalu melalui kaedah pembed4han.

Sumber: Nur Zarra

Kredit:Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button