Viral

“Aku Selalu Tunggu Slsa Anak Je..” – Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira, Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

 

Biarpun sudah ketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri serta anak-anak, namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk zaman ini.

Malah, ada saja yang sanggup melaburkan duit dengan banyak untuk hobi mereka, tetapi bersikap kedekut apabila memberi nafkah kepada isteri.

Tak dinafikan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan menghadapi pelbagai ujian termasuklah dari segi kewangan, wujudnya orang ketiga dan sebagainya.

Begitulah nasib yang dilalui seorang wanita ini apabila suaminya disifatkan seorang yang kedekut dan berkira dalam memberi nafkah.

Suami pesan jangan tambah nasi

Baru-baru ini, seorang wanita bergelar isteri meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan sikap suaminya yang mempertikaikan setiap kali dia meminta wang belanja untuk membeli barangan keperluan dapur.

Tidak terhenti di situ, si suami dikatakan terkejut kerana beras yang dibeli cepat habis sedangkan dirinya yang kerap menambah nasi setiap kali mereka menjamu selera.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila si suami seakan menuduh isterinya yang menghabiskan beras di rumah.

Wanita ini akui sedih dengan sikap suaminya yang terlalu berkira dalam memberi nafkah.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mendakwa dia jarang menjamu selera dalam kuantiti yang banyak sebaliknya dia hanya memakan lebihan nasi anaknya sahaja.

Setiap kali nak tambah nasi, mesti aku banyak fikir. Risau nasi tak cukup. Kalau nak tambah pun, aku akan makan sisa makanan anak aku.

Video:

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat luahan video wanita terbabit dan ada juga yang memahami ‘akak’ itu kerana turut mempunyai suami yang mempunyai sifat berkira.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih lebih 300,000 tanda suka dan sebanyak 16,000 komen yang diterima daripada para pengguna platform tersebut.

 

 

Sumber: TikTok Kartikasari Pelawi via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button