Isu Semasa

“Bukan sebab lari” – Disoal Netizen Sebab Tarik Diri, Peguam Hafidzah Perjelas Sebabnya

Terdahulu, kecoh diperkatakan mengenai perkembangan terkini melibatkan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang mana dilaporkan telah menangis di kandang saksi kerana menerima notis penarikan semua peguam yang membelanya.

Pengumuman mengejvtkan itu di mahkamah baru-baru ini membuatkan Siti Bainun terkontang-kanting tanpa seorang peguam bagi membelanya dalam prosiding kes mengabaikan dan menganlaya remaja OKU, Bella.

“Penarikan diri peguam adalah biasa” – Hafidzah

Sehubungan itu, rata-rata netizen yang membanjiri ruang komen Instagram salah seorang peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan dengan bertanyakan sebab di sebalik penarikan tersebut.

Menurut Hafidzah, penarikan diri peguam adalah perkara biasa dan ia berlaku kerana peguam tersebut mengalami pertindihan tarikh dengan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal.

Dalam istilah undang-undang, penarikan diri peguam adalah biasa. Dan kali ini kerana pertindihan tarikh dengan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal. Bukan sebab lari,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keputusan itu juga telah dimaklumkan dari bulan Disember lagi yang mereka tidak dapat menghadiri prosiding pada tarikh di bulan Januari, Februari dan Mac.

Malah Hafidzah juga menegaskan bahawa tiada sesiapa yang meninggalkan Bainun dan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang melucukan.

Dalam pada itu, disebabkan kes ini, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini tarikh untuk sambung perbicaraan bela diri dan prosiding pula dijadualkan berlangsung hingga Jumaat.

Siti Bainun pada masa yang sama dikehendaki untuk memaklumkan mengenai status terkini lantikan peguam baharu pada tarikh tersebut.

Sumber: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button