Isu Semasa

Anak Dr Zulkifli Dapat Biasiswa MAIWP Pergi Jordan Tapi Ramai Netizen Persoal?

Biasiswa secara amnya ialah sejenis bantuan kewangan yang dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti.

Baru-baru ini, bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi khabar gembira yang menyatakan anak lelakinya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Jordan.

Anakanda Abdul Syakur telah pun melangkah ke fasa baharu kehidupannya. Abah dan mak berbangga dengan kejayaanmu yang cemerlang dalam SPM (7A+ 1A) di Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.

Semoga permusafiran ilmu ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, membuka 1001 ruang untuk anakanda melangkah lebih jauh ke hadapan.

Insya-Allah akan dititipkan sebuah buku khusus yang dikarang sebagai nasihat buat anakanda.

Sekalung penghargaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atas penganugerahan biasiswa penuh kepada beliau berdasarkan merit akademiknya dan keputusan temuduga tempohari.

Semasa Majlis Pelepasan Pelajar Cemerlang MAIWP sebentar tadi, saya turut dimaklumkan oleh al-Sheikh al-Mudir, Ustaz Al-Zubair tentang perkembangan pencapaian akademik dan kokurikulum Pondok Moden al-Abaqirah.

Sebagai pengasas Pondok Moden al-Abaqirah, saya amat berbangga dengan perkembangan para pelajar dan juga alumninya yang bertebaran di universiti awam dan luar negara.

Insya-Allah daripada pondok di tengah kota batu Kuala Lumpur ini akan lahir para ulama dan umara’ yang akan mewarnai Malaysia, khususnya Wilayah-Wilayah Persekutuan pada masa hadapan.

Terima kasih para pembayar zakat!

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 21, 2023

 

Dalam ciapannya di X, difahamkan anaknya itu akan menyambung pengajian dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, anaknya itu mendapat tajaan biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pun begitu, berita gembiranya itu menimbulkan persoalan ramai kerana Dr. Zulkifli merupakan bekas menteri serta senator, apabila anaknya itu mendapat tajaan sebegitu ianya seakan tidak adil buat mereka yang betul-betul memerlukan.

Namun, Dr. Zulkifli ada menerangkan mengapa anaknya itu dapat biasiswa tersebut sekaligus menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan perkara itu.

Beliau memberitahu, terdapat satu kategori asnaf (orang Islam yang layak terima zakat) yang dinamakan asnaf fi sabilillah yang layak untuk mendapat bantuan jika mereka sedang dalam usaha yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

Dr Zulkifli juga menjelaskan biasiswa yang diterima oleh anaknya itu bukanlah biasiswa tajaan biasa sebaliknya ia adalah biasiswa zakat.

Sumber: X,JAIS

Kredit: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button