Isu Semasa

“Kali Terakhir Program Saya Di TV Pada..” – Ridhuan Tee Dig4m RTM, Shahrol Pun Nak Cerita Pengalaman

Penceramah popular dan panel program Forum Perdana Ehwal Islam, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan dirinya tak dibenarkan keluar di Radio Television Malaysia (RTM).

Isu tersebut masih hangat diperkatakan walaupun masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berhubung isu ini.

Memetik laporan Kosmo!, Ridhuan Tee meluahkan rasa sedih apabila rancangan popular setiap Khamis itu dibatalkan kerana dirinya.

Anak kepada pendakwah berkenaan, Mohd Qarafi, turut meluahkan rasa kesal dan menuntut penjelasan pihak terbabit mengapa bapanya diperlakukan sedemikian.

“Ayah saya sepatutnya menyampaikan ceramah di Forum Perdana pada 15 Disember in dan topiknya adalah mengenai keagamaan seperti biasa. Tetapi tiba-tiba keluar arahan daripada Menteri Komunikasi Digital yang tak membenarkan ayah saya menyertai Forum Perdana itu. Katanya direhatkan, kenapa perlu direhatkan sebenarnya? Ini adalah Forum Perdana dan kenapa hanya orang tertentu sahaja direhatkan dan kenapa ayah saya?

 

Terbaru, bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro memberikan kata-kata semangat buat Ridhuan Tee dan mendoakan semoga beliau bersabar.

Shahrol turut berkongsi pengalaman yang dialaminya apabila dia juga menerima ‘hukvman’ selepas tular gambar di rumah Datuk Seri Najib Razak. Selain gambar itu, tular juga video memaparkan dirinya di pentas Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai.

Kata Shahrol, tak cukup hukvman di kaca televisyen, program motivasi di 24 buah sekolah yang menampilkan dirinya turut dihentikan serta merta.

Seperti berulang sejarahnya kembali.Kali terakhir program sy di kaca TV pada tahun 2018.Selepas gambar sy di rumah DSNR tersebar dan video di pentas BN di PRK Tanjung Piai maka bersiaplah sy terima hukvmannya.

Bekas pelawak ini turut memetik nama Pak Ya yang perlu membuat permohonan maaf selepas menyindir satu isu di pentas lawak.

Kredit: Instagram Shahrol Shiro

Sumber: OhMedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button