Isu Semasa

Netlzen Minta Menteri Pengangkutan Pantau Vendor Pelekat ‘Roadtax’, Ramai Pula Yang Setuju, “Baru Buka Dah K0yak…”

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini mengejvtkan ramai apabila membuat tinjauan secara senyap-senyap di LRT laluan Kelana Jaya semasa hari pertamanya menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT).

Tinjauannya itu juga untuk memeriksa sendiri masalah yang dihadapi oleh pengguna LRT di laluan itu di mana beliau meluangkan dua jam di sana iaitu semasa waktu puncak pada pukul 5 petang sehingga 7 malam.

Minta pantau vendor pelekat roadtax

Baru-baru ini, nama Anthony Loke sekali lagi diseru oleh netizen yang memintanya memantau vendor bagi pelekat ‘roadtax’ yang sering memberikan masalah kepada pengguna. Di dalam hantaran di Twitter itu, individu tersebut menunjukkan keadaan pelekat ‘roadtax’ yang baru sahaja dibelinya.

“Baru bukak sticker roadtax dah koyak. Menyusahkan seluruh pemilik kereta dekat Malaysia.”

Menurutnya, ‘roadtax’ yang baru dibeli itu terkoyak semasa dia cuba membuka pelekat cukai jalan itu. Berdasarkan gambar yang dikongsikannya ini, kelihatan pelekat cukai jalan itu yang terk0yak pada bahagian bucu kiri di bawah semasa dia ingin membukanya.

Komen netizen

Ini juga bukanlah kali pertama isu ini dibangkitkan kerana sebelum ini juga ramai yang mengadu tentang kualiti pelekat cukai jalan itu yang semakin mudah terkoyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan individu tersebut.

 

 

Malah ramai yang memberitahu telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan pelekat ‘roadtax’ tidak terkoyak semasa dibuka. Sehinggakan ada juga yang sanggup mengupah pekerja di kedai untuk memasang pelekat cukai jalan itu pada kereta.

 

Sumber: syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button