Viral

“Boleh buat series Netflix” – Llclk ‘BisnesHar4m’ di hostel sebab terdes4k, pemuda insaf anlaya rakan sampai kena g4ntung sekolah

PENGALAMAN mendewasakan kita!

Setiap apa yang kita lalui mengajar kita tentang liku-liku kehidupan.

Begitulah juga lelaki dikenali sebagai Naim ini yang berkongsi pengalamannya ketika di bangku persekolahan.

Melalui satu video tular di TikTok, Naim menceritakan bagaimana dia pernah menjadi ‘tokan rok0k’ di asramanya kerana keadaan yang mendes4k.

Walaupun rok0k dilar4ng, Naim tetap menjualnya di asrama. -Gambar hiasan

“Bukan sesuatu untuk dibanggakan tapi boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. Kita semua pernah nakal waktu zaman sekolah dulu.

“Cerita dia macam ni, aku dulu dekat sekolah budak baik sebenarnya, tapi sebab desakan hidup itu yang aku terp4ksa jual rok0k ni,” ujar Naim yang kini bekerja dengan agensi kawalan haiwan perosak.

Menurut Naim, dia diberikan wang saku oleh ibu bapanya sebanyak RM200 untuk perbelanjaan sepanjang penggal persekolahan tetapi malangnya duit itu hilang.

“Aku sekolah asrama ni dekat Temerloh, Pahang tahun 2007. Mak ayah aku bagi aku RM200 untuk duit belanja. Jadi aku pun balik ke sana naik bas dan memang malang sikit nasib aku waktu tu, duit aku tu hilang tercicir mungkin.

“Aku dah pening macam mana nak hidup ni, duit pun dah tak ada. Duit mak ayah tu pun aku kena ganti balik. Yuran sekolah kena bayar.

“Perah otak akhirnya aku decide aku kena berniaga nak cari duit sendiri untuk sara hidup. Tapi perniagaan apa yang boleh menguntungkan aku dalam masa yang singkat sebab aku nak kena pakai duit cepat ni,” kata Naim berteka-teki.

Cara business abang ni anlaya member ni.

NETIZEN

Maka dari situ bermulalah kisah Naim sebagai seorang penjual rok0k di sekolah asramanya gara-gara kesempitan wang.

“Waktu tu dalam poket aku ada la balance RM10 untuk buat modal perniagaan. Aku kena beranak-pinakkan duit ni dengan cepat.

“Mula-mula fikir nak jual mi segera tapi tak berbaloi, satu bungkus mi segera yang besar tu ada lima paket je dekat dalam. Pulangannya lambat.

“Nak jual makanan ringan pula mahal, nak beli dengan modal RM10 tak cukup. Jadi cara paling cepat rolling duit dekat asrama ni jual rok0k la.

“Aku pun beli rok0k murah je, rokok Halftime iaitu ‘rokok bola’, RM3 dapat 20 batang. Nak beli rok0k mahal macam Dunhill dengan Winston memang di luar bajet, kering terus aku,” cerita Naim mengenai permulaan kisahnya ‘berniaga’.

Sekolah asrama menyimpan seribu satu kenangan untuk Naim. -Gambar hiasan

Setelah mempunyai bekalan rok0k yang diperlukan, Naim berdepan dengan satu lagi cabaran iaitu saingan sengit pasaran di asramanya.

“Dekat asrama aku ni ramai tokan yang jual rok0k Dunhill dengan Winston. Itulah rok0k yang budak selalu nak beli.

“Rok0k bola macam aku punya ni orang tak pandang. Jadi macam mana aku nak lariskan perniagaan aku ni, aku pun terp4ksa pakai taktik kot0r. Kelakar bila aku fikir balik sekarang.

“Aku pergi dekat warden asrama dan aku laporkan nama setiap seorang yang jual rok0k dekat asrama tu kecuali nama aku.

“Malam tu terus ada spotcheck mengejut, aku punya bekalan rok0k dah sorok siap-siap dekat tempat selamat. Orang lain punya habis kena sapu dan dirampas,” cerita Naim sambil tertawa.

Strategi yang digunakan Naim ini menyebabkan dia kini memegang monopoli pasaran rokok di sekolah asramanya.

“Aku minta maaf la dekat senior aku semua kalau ada yang baru tahu kisah ni sekarang. Aku ingat sebab apa yang aku buat ni sampai ada yang kena gantung sekolah.

Pemeriksaan mengejut oleh warden asrama membantu Naim memonopoli pasaran. -Gamnbar hiasan

“Lepas semua competitor aku dah clear, aku pun boleh jual rok0k bola aku dengan harga yang mahal sebab orang dah tak ada pilihan walaupun rok0k bola ni level rendah je.

“Aku jual rok0k bola sebatang RM1. Dalam masa satu malam je aku dapat RM20, stok aku terus licin. Tolak modal RM3, aku untung RM17. Untung besar.

“Aku pun buat calculation berapa lama nak jual untuk dapat balik RM200. Esok lepas sekolah aku keluar pergi tambah lagi bekalan rok0k bola,” kata Naim.

Naim mengakui rakan-rakannya yang turut menjual rok0k berasa pelik bagaimana mereka sering kantoi dengan warden asrama manakala Naim pula sentiasa terselamat.

“Lepas first time dah bersih rok0k kena spotcheck tu, competitor ada la start bawa masuk balik rok0k Dunhill dengan Winston.

“Tapi setiap kali mereka start jual balik, aku terus pergi report dekat warden. Terus kantoi mereka semua ni. Memang jualan rok0k aku je yang kekal.

“Lepas tiga empat kali asyik kena kantoi mereka pun akhirnya give up nak jual rok0k. Dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5 aku duduk jual rok0k ni sampai nama aku dah sinonim dengan rok0k,” kata Naim.

Sebilangan komen warga maya.

Naim mengakui momen dalam hidupnya ini telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan.

“Dari untung aku duduk jual rok0k tu, cukuplah duit nak bayar yuran sekolah. Tapi mungkin sebab duit tu tak berkat, itu yang belajar pun aku ke laut.

Result exam pun cukup-cukup makan je. Belajar apa pun semua masuk tak masuk otak ni. Jadi nasihat aku jangan la buat benda har4m ni.

“Itu zaman dulu, sekarang aku tak buat dah semua tu. Dan sekarang Alhamdulillah aku pun dah berhenti hisap rok0k selama dua tahun.

“Jadi jom la kita berhenti merok0k, sayangi la diri anda,” ujar Naim mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kisah yang dikongsikan Naim.

Business sebenar, hapuskan pesaing baru lancar.

“Boleh buat series kat Netflix.

“Cara business abang ni aniaya member ni.

“Hello cikgu disiplin, dia dah mengaku,” demikian komen sebilangan warga maya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button