Viral

“Ini kereta cari makan” – Driver Grab ada sebab minta 5 siswi turun, bukan nak aib penumpang

“BUKAN mahu tolak rezeki, jauh sekali untuk menyusahkan orang.”

Demikian penjelasan seorang pemandu e-hailing yang videonya tular baru-baru ini, gara-gara meminta lima penuntut sebuah universiti keluar dari keretanya kerana terlebih muatan.

Menerusi video yang dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) yang kemudian dimuat naik oleh pemandu itu di laman TikTok, kelihatan lima penuntut wanita itu berhimpit-himpit ketika memasuki kereta miliknya selepas tempahan menerusi aplikasi Grab diterima.

Mungkin menyangka perkara itu tidak menjadi masalah, bagaimanapun tanggapan mereka ternyata meleset apabila diminta secara baik oleh pemandu Grab untuk keluar dan membatalkan tempahan.

Berkongsi semula insiden yang berlaku pada tiga hari lalu, pemandu Grab yang hanya mahu dikenali sebagai Safrah Omar, 30an, berkata dia seperti biasa mengambil tempahan selepas menurunkan penumpang terdahulu di lokasi berhampiran.

Safrah menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa sejak 2018.

“Selepas memandu dan tiba di pick-up point di universiti berkenaan, saya nampak penumpang macam ramai. Bila seorang demi seorang masuk, dalam hati saya dah terdetik ‘ehh ramai ni’.

“Kesemuanya lima orang, termasuk saya, ada enam oranglah dalam kereta. Kapasiti kereta saya lima orang sahaja termasuk pemandu, kerana bukan kenderaan jenis 6-seater.

“Jadi saya berseloroh, ‘kejap lagi runtuh kereta saya ni’. Pada mulanya saya minta salah seorang turun… tapi akhirnya saya minta semuanya turun secara baik.

“Saya beritahu terpaksa cancel sebab kapasiti melebihi muatan,” ujarnya.

Safrah berkata, bagaimanapun kesemua lima penuntut wanita berkenaan akur selepas diminta berbuat demikian.

Tambahnya, dia mempunyai alasan yang kukuh kerana terpaksa bertindak tegas lebih-lebih lagi ia adalah peraturan jalan raya dan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) syarikat e-hailing.

Saya bukan baru dua hari buat e-hailing… yang boleh bertolak ansur, kita boleh tolak ansur.

SAFRAH OMAR

PEMANDU E-HAILING

“Mungkin ada yang cakap ‘alah itu pun nak berkira… mungkin tak jauh pun destinasi’. Jauh atau berkira bukan isunya. Isunya adalah keselamatan.

“Bayangkan kalaulah terjadi apa-apa dalam perjalanan, kan dah susah. Biar beringat sebelum kena.

“Saya bukan baru dua hari buat e-hailing… yang boleh bertolak ansur, kita boleh tolak ansur,” ujarnya yang menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa sejak 2018.

Tidak bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak, Safrah berkata tujuan dia membuat perkongsian di media sosial adalah untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai khususnya penumpang agar akur kepada peraturan yang ditetapkan.

Antara komen netizen yang turut menyokong tindakan Safrah.

“Saya memang letak dashcam untuk tujuan keselamatan. Tapi saya kaburkan wajah mereka kerana yang saya nak sampaikan adalah mesej, bukan nak aibkan.

“Apabila ada laman-laman portal atau media sosial lain yang muat naik wajah penumpang saya tanpa mengkaburkannya, itu adalah di luar pengetahuan saya.

“Jadi kepada mana-mana penumpang e-hailing, kalau rasa ramai, pilihlah kenderaan yang sesuai. Kalau iya pun nak berjimat, jangan begini.

“Saya tak bolehlah ‘potong’ job pemandu kenderaan 6-seater. Lagi satu, inilah kereta saya cari makan. Kalau lanyak bawa penumpang ramai, rosak nanti susahlah saya,” akhirinya.

Untuk rekod, video yang dimuat naik oleh Safrah di TikTok sehingga kini meraih lebih 2.7 juta jumlah tontonan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button