Viral

Ibu Tak Dapat Hadir Majlis Konvo, Wanita Ini Sendirian Di UK, Bila Video Calll Ini Pula Terjadi

HARI graduasi sememangnya saat paling istimewa bagi setiap mahasiswa yang berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah dan biasanya diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.

Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan adakalanya perancangan itu tidak kesampaian.

Sebagaimana dikongsikan Ayeesha Hisham, 25 menerusi Instagram, dia terpaksa meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran keluarga tersayang.

Video linangan air mata ketika membuat panggilan video bersama ibu tersayang pada hari konvokesyennya Julai lalu cukup menyentuh hati netizen.

Ayeesha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Universiti Bangor, United Kingdom.

Video berada di bawah sekali

“Kejadian ini berlaku dalam masa kurang dua bulan sebelum mama meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru yang didiagnos pada Mac.

“Ia merupakan hari penuh dengan emosi bagi saya. Saya menunggu dua tahun untuk majlis istimewa ini tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarga boleh datang sebab mama tengah sakit.

“Pihak universiti membuat pengumuman mereka mengadakan majlis itu beberapa hari selepas kami tahu mama sakit. Dia berkeras memaksa saya untuk pergi,” ujar Ayeesha.

Untuk rekod sepanjang pengajian Ayeesha belajar secara hibrid dengan mengikuti pembelajaran di rumah dan hanya menghadiri kuliah secara fizikal selama enam bulan terakhir di universitinya.

Bagaimanapun Ayeesha bersyukur apabila teman lelaki serta ibunya hadir memberi semangat pada hari graduasi berkenaan.

Bercerita lanjut, Ayeesha berkata keadaan ibunya yang tidak menentu pada ketika itu membuatkan dia berasa takut untuk berjauhan walaupun untuk beberapa hari.

“Tapi mama sentiasa minta saya pergi untuk hari graduasi. Tak kira apa pun.

Ayeesha menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi Universiti Bangor, sebelah utara Wales.

“Saya akhirnya memutuskan untuk pergi apabila tahap kesihatan dia bertambah baik pada pertengahan Mei. Tetapi apabila kesihatan dia merosot semula pada Jun, saya kembali rasa teragak-agak untuk pergi,” katanya lagi.

Difahamkan ibu Ayeesha menlnggl dunla sekitar September lalu.

Mengenai video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Ayeesha berkata ia merupakan momen paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.

“Waktu itu mama tak ingat di mana saya berada, jadi saya terpaksa jelaskan perkara itu setiap kali saya bercakap dalam telefon dengan dia.

Ayeesha (tengah) bersama Arif dan ibunya.

“Tetapi panggilan singkat saya dengannya selepas saya terima ijazah saya ini terpahat di minda dan hati saya. Saya senang hati apabila perbualan menerusi panggilan video (VC) ini saya berjaya dirakamkan.

“Saya rindukan senyumannya. Saya rindukan dia sangat. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Saya sayangkan mama. Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Video,

 

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button