Hiburan

Bell mula tepati janji belanja makan, Sekali Reaksi individu ini buat ramai setuju

Baru sahaja menang Anugerah Bintang Paling Popular, Bell Ngasri sudah menunaikan manifesto awal dengan belanja netizen makanan dalam bungkusan plastik dan teh o ais london.

YB Barkoba sedia berkhidmat untuk rakyat. Yak Yak Yeay.

Ini pula reaksi individu tuntut belanja pada bulan ramadhan.

Terdahulu, pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi mahu bintang popular, Bell Ngasri tunai janji belanja peminat makan tengah hari di bulan Ramadan.

Janji itu dibuat Bell sekiranya dia memenangi anugerah itu sebelum ini. Menerusi hantaran di Instagram Dr. Malar, beliau meminta pengikutnya mengingatkan Bell supaya tidak mungkir janji menunaikan manifestonya itu.

Hantaran di Instagram Dr. Malar hari ini. “Bell Ngasri jangan lupa belanja Dr. Malar makan ‘lunch’ di bulan Ramadan. #pengundisetia.

“Sesiapa yang kenal dia, tolong ingatkan ya. Saya ini setiap hari gigih undi demi belanja yang dia janjikan itu. Tak baik mungkir janji,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian Dr. Malar ternyata mendapat reaksi positif dalam kalangan pengikutnya apabila rata-rata daripada mereka menyokong kenyataan dibuat beliau.

 

 

“Saya join (sertai) doktor. Kalau saya datang bulan,” seloroh Zackkirana.

“Dr. saya pun gigih undi dia, nak ikut juga kalau Bell belanja,” kata Patrine.

“Ramai geng-geng peminat Bell yang bukan Islam stanby (bersedia) nak tuntut janji Bell belanja makan tengah hari Ramadan nanti. Jangan lupa ya Bell, kami tunggu update (perkembangan) anda lokasi dan tarikh,” seloroh Joclyne.

Terdahulu, Bell ketika mengetahui namanya tersenarai sebagai Top 5 kategori Artis Komedi Popular mengemukakan manifesto di Instagram untuk belanja pengundinya makan tengah hari pada bulan Ramadan jika kemenangan menjadi miliknya.

Sumber : HotFM dan KOSMO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button