“Ini adalah permulaan…” Mula kehidupan baharu, Amelia Christie fokus cintai diri sendiri
GOSIP cinta antara pelakon Sharnaaz Ahmad bersama aktres baharu Amelia Christie terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat mereka.
Terbaharu, Amelia seakan memberi bayangan dia mahu memulakan kehidupan baharu dipercayai selepas kisah cintq bersama Sharnaaz terkandas di tengah jalan.
“Ini adalah permulaan mencintai diri sendiri, selamat pulang,” katanya.
Amelia tenangkan diri di sebuah pusat peranginan.
Amelia berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan dia sedang menenangkan diri di sebuah pusat peranginan.
Malah dia turut berkongsi beberapa foto dia sedang duduk di tepi pantai pusat peranginan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat Amelia.
Mereka juga mendoakan agar aktres berkenaan dipertemukan dengan seseorang lebih baik selepas ini.
“Tak apa Amelia, lebih baik sakit sekarang jangan kemudian hari bila dah bergelar isteri. Lagi makan hati.
“Orang baru akan sentiasa kalah dengan orang yang selamanya terikat dengan masa lalu.
“Sayang diri Amelia dulu, nanti akan jumpa orang lebih baik,” antara komen netizen.
Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan Amelia saling ‘unfollow’ akaun Instagram.
Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya.
Sharnaaz dan Amelia dikatakan saling tidak mengikuti di Instagram lagi.
Bagaimanapun, kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia.
Enggan mengeruhkan keadaaan, Sharnaaz juga menjelaskan terdapat salah faham dalam kalangan netizen mengenai hubungannya.
Katanya, sejak awal lagi dia tidak pernah mengiyakan hubungan cinta mereka.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda