Hiburan

“Arwh cinta pertama ibu..” – Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dic1ntai

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer dari Singapura, Afrah Athasha, 24, bersyukur dapat bertemu arwh bapanya, Allahyarham Aman Shah pada majlis pertunangannya di Singapura pada 3 September lalu selepas hampir 20 tahun terpisah.

Biarpun, ia menjadi pertemuan terakhir, Afrah atau nama pentasnya, Zalelo tetap berpuas hati dapat memperkenalkan tunangnya, selain mempertemukan semula ibu dan arwh bapanya.

“Alhamdulillah, saya dapat membawa arwh yang ditemani adiknya, Datuk Abdul Nasser Abu Kassim ke Singapura. Arwh pun sudah lama tidak datang ke sini.

“Saya dan arwh dapat meluangkan masa selama lima hari. Arwh sempat menemui bakal suami dan ibu selepas sekian lama mereka tidak berjumpa.

“Hubungan arwh dan ibu, Alhamdulillah baik-baik sahaja. Sehingga saat ini, ibu tidak pernah berkahwin lain.

“Apa yang saya tahu, arwh adalah cinta pertama dan hanya satu-satunya lelaki dicintai ibu.

“Banyak hikmah di sebalik pertemuan ini, segala-galanya sudah Allah atur. Hubungan kami semakin akrab,” katanya kepada BH Online.

bersama vokalis kumpulan duo, The Queens dari Singapura, Farah Diba Abdul Aziz.

Ketika menyertai program hiburan, Pusparama di Singapura, arwh bertindak sebagai hos dan jatuh cinta pandang pertama kepada Farah Diba yang turut membuat persembahan.

Setahun berkenalan, Farah Diba berasal dari Bedok, Singapura ditunangkan bersama arwah pada usia 14 tahun.

Gambar kenangan Allahyarham Aman Shah dan Farah Diba pada majlis resepsi pada 1980-an.

Mereka bercinta selama enam tahun dan akhirnya, arwh dan Farah Diba bernikah gantung pada 21 Disember 1986 di Jelebu, Negeri Sembilan. Namun, perkahwinan keduanya hanya mampu bertahan kira-kira empat tahun.

Afrah berkata, dia dan arwh dipertemukan semula, tiga tahun lalu.

“Hubungan saya dan arwh kembali rapat sejak 2019. Namun, kami tidak sempat bertemu selepas penularan p4ndemik C0V1D-19, tidak lama kemudian.

“Selalunya, kami hanya berbual menerusi panggilan video, tetapi saya tak puas. Alhamdulillah, arwh hadir pada majlis pertunangan saya di Into The Woods@213 Lavender Street, Singapura,” katanya yang ditemui pada majlis pengebumian arwh Aman Shah, semalam.

Katanya, dia dan arwh banyak berkongsi cerita, apatah lagi, mengejar impian sama bergelar anak seni.

“Kami berkongsi impian sama. Saya suka menyanyi dan berlakon seperti arwh.

“Mulanya, arwh agak bimbang sekiranya saya tidak boleh menempuh hidup sebagai anak seni. Ini disebabkan arwh sendiri melalui banyak kisah baik dan buruk sepanjang bergelar artis.

“Bagaimanapun, saya dapat membuktikan boleh menjaga diri dan tidak terkesan dengan dunia glamor yang menguasai diri,” katanya.

Afrah menambah, arwh juga menitipkan banyak nasihat buatnya.

“Arwh menyokong kerjaya seni, malah, kami merancang berkolaborasi menerusi lagu Kepulangan Yang Di Nanti apabila saya memasuki pasaran di Malaysia.

“Namun, nampaknya tidak sempat. Saya akan selalu ingat pesanan arwh agar pandai menjaga diri, jangan memalukan keluarga dan sentiasa menjadi manusia baik.

“Saya tahu dunia glamor boleh mengubah manusia, tetapi pesanan arwh menjadi panduan hidup saya,” katanya.

Afrah berkongsi, dia dan arwh Aman Shah bertemu semula, tiga tahun lalu dan berkongsi minat yang sama dalam dunia seni. – Foto IG Afrah Athasha

Katanya, dia datang ke Kuala Lumpur disebabkan menerima tawaran persembahan dan rakaman, semalam.

“Saya tahu arwh dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan memasang kateter belon atau sten, semalam (kelmarin).

“Namun, saya tak sangka keadaan arwh tiba-tiba menjadi krit1kal. Ini kerana kami sempat bergurau, arwh beritahu nak balik cepat dan makan sedap-sedap.

“Namun, saya terkejut mendapat panggilan meminta saya dan adik-beradik datang segera. Tetapi, arwh pejam mata ketika saya masih dalam penerbangan. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti.

“Walaupun tidak berada di sisi arwh sebelum menghembus nafas terakhir, tetapi saya dan abang tetap bersyukur dapat menatap wajah arwh buat kali terakhir,” katanya.

Terdahulu, jen4zah pelakon filem Darah Satria itu dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras untuk penghormatan terakhir, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, jam 10 malam tadi.

Allahyarham Aman Shah, 68, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), jam 2.20 petang, semalam.

Dilahirkan di Johor Bahru, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Adikku Pandai Menari itu meninggalkan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinannya.

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button