Hiburan

Bersalin awal daripada jangkaan, Dayana Roza selamat timang cahaya mata yang ke-2

PELAKON Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 1.56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.

Kata Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, dia terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kontraksi pada petang Jumaat.

“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari 2024, tetapi saya sudah mula sakit sejak semalam (Jumaat) dan terus masuk hospital.

Dayana turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya.

“Saya juga perlu jalani pembedahan kecemasan sebab bukaan tidak luas dan doktor periksa keadaan jantung bayi lemah.

“Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa sakit selepas pembedahan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Tambah pelakon ini dia juga tidak merancang menjalani pembedahan kerana anak sulungnya dilahirkan secara normal.

Sementara itu pelakon ini juga memberitahu dia merancang tidak mahu kembali hamil dalam masa terdekat disebabkan masih trauma menjalani pembedahan.

“Mujurlah persiapan semua sudah dilakukan. Jadi walau bersalin dua minggu awal semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tidak sabar nak keluar awal.

“Saya pernah cakap nak ‘tutup kilang’ tetapi suami tidak setuju. Namun selepas melihat sakit yang saya alami, dia tiada masalah untuk kami gunakan alat kawalan kehamilan.

Dayana dan A’dale berkahwin pada 2020.

“Mungkin dalam tempoh terdekat tidak merancang untuk hamil lagi,” jelasnya.

Dayana juga memilih nama buat anak lelakinya itu dan akan mendedahkan selepas mendapat persetujuan suami serta keluarga.

Untuk rekod Dayana mendirikan rumah tangga dengan A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan mereka juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button